Takziah kepada keluarga Kuan Meng Chin
Ini posting lama saya bertarikh 10 Mei 2009.
(Sabtu 9 Mei 2009. Perlumbaan Petronas Cub Prix Rd. 3 di Terengganu masih dalam saringan separuh akhir. Tinggal lagi tiga pusingan sebelum acara akhir. Bulldog Kuan sebagai Clerk-of-the-Course mendapat panggilan telefon memaklumkan isterinya di Pulau Pinang dalam keadaan tenat. Setelah berunding dengan Steward bertugas dan Pengarah Perlumbaan, Bulldog dinasihati supaya pulang ke Pulau Pinang. Kebetulan ada penerbangan Air Asia ketika itu. Bulldog sampai di rumahnya, No. 10, Jalan York, Pulau Pinang pukul 6 petang. Isterinya menghembuskan nafas terakhir di sisi Bulldog pada jam 4.30 pagi hari ini 10 Mei 2009, Hari Ibu.) Cerita lanjut di sini.
Semalam 29 Mac 2012 Khamis, arena motorsport Malaysia khususnya Cub Prix dikejutkan dengan berita kematian Kuan Meng Chin, bekas pelumba Cub Pix yang juga anak bongsu Bulldog Kuan. Meng Chin meninggal dunia jam sekitar 7.00pm akibat penyakit kanser.
Keuzuran Meng Chin kebelakangan ini sebenarnya merisaukan Bulldog terutama dalam persiapan menjelangnya bermula Kejohanan Cub Prix Petronas 2012 dengan Pusingan Pertama pada 31 Mac dan 1 April 2012 di Batu Kawan.
Walaupun tidak lagi berlumba, Meng Chin sekali-sekala turut membantu Bulldog dalam mengelolakan Cub Prix terutama jika diadakan di Batu Kawan dan Padang Kota Lama, di samping 2 orang lagi anak lelakinya iaitu Meng Leong dan Meng Heng serta anak perempuannya, Ah Leng serta menantunya, Gary.
Walaupun Meng Chin tidak pernah menjuarai mana-mana perlumbaan cub prix, beliau adalah salah seorang pelumba muda berbakat yang terpilih mengikuti latihan selama 2 minggu di Kenny Robbert Training Ranch di Sepanyol. Latihan intensif yang diketuai oleh jurulatih Kenny Robert dan Randy Mamola ini turut dihadiri oleh beberapa orang pelumba cub prix yang menunjukkan peningkatan dalam perlumbaan Kejohanan Cub Prix Marlboro sekitar pertengahan 90an. Mereka yang yang pernah berlatih bersama Meng Chin di KRTR ini ialah Meganathan, Wazi, Shharun Nizam, Chia Tuck Cheong, Soong Chee Keong, Faizal Ahmed, Yasir said, Rosnizam, Halim Zahid, Alizan Tambi, Rosli Mat Sudin, Choo Chee Hong, Loke Kwong Kin dan Chow Yan Kit.
Terkilan juga kerana saya tidak dapat hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Meng Chin kerana terlibat dalam satu acara motorsport anjuran Jabatan Alam Sekitar Perak hari ini dan esok.
Takziah kepada Bulldog Kuan.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
1 comment:
Takziah kepada keluarga mendiang. Walaupun tidak mengenali mereka tetapi saya mengikuti perkembangan sukan pemotoran di negara ini.
Post a Comment