Tuesday, October 09, 2012

Mempelam Perlis – Lebuhraya BKH Kuala Perlis vs Pekan Changlung

Sumber internet

Mempelam Perlis – Lebuhraya BKH Kuala Perlis vs Pekan Changlung

Minggu lepas saya berulang-alik ke Pusat Koreksional Perlis di Pauh, Perlis. Biasanya kalau saya ke Perlis sebelum ini untuk aktiviti-aktiviti motorsports anjuran Kelab Sukan Motorsports Perlis, ada sahaja buah tangan berupa Mempelam Harum Manis yang dibawa pulang. Tengku Shahrin Abu Bakar, Presiden Kelab sentiasa memastikan adanya sekotak hasil tanaman dari ladangnya ini di dalam kereta saya.

Dalam perjalanan pulang sebaik sahaja menuruni jejambat berhampiran UniMAP di Lebuhraya Bukit Kayu Hitam – Kuala Perlis, saya memberhentikan kereta saya di hadapan gerai-gerai buah berkhemahkan khemah bertanda Pasar Tani yang banyak menjual Mempelam Harum Manis dan Sala Madu serta beberapa jenis mempelam lain.

Oleh kerana saya biasa menikmati Mempelam Harum Manis, kali ini saya membeli Mempelam Sala Madu sebanyak dua kilo dengan harga RM 6.00 sekilo. Semasa ditimbang penjualnya memaklumkan dua kilo lebih sikit dan meminta RM 13.00. Tanpa tawar-menawar saya terus membayarnya.

Semasa melalui Pekan Changlung, saya ternampak Pisang Berangan yang bergantungan di sebuah gerai buah-buahan. Mengingatkan ayah saya yang sukakan Pisang Berangan ini dan agak sukar ketika ini untuk mendapatkannya di Kamunting atau Taiping, saya memberhentikan kereta dan berhasrat membelinya. Di gerai ini juga turut menjual pelbagai jenis mempelam termasuk Mempelam Sala Madu.

Semasa hendak membayar duit pisang, sengaja saya bertanya harga Mempelam Sala Madu.

“Sekilo RM 4.00 bang! Kalau abang ambil tiga kilo saya bagi RM 10.00 sahaja”, jawab penjual buah tersebut.

Ingatkan harga di gerai tepi lebuhraya tadi lebih murah!

lukmanw@gmail.com

No comments: