Delight service di Kedai Bateri Kamunting
Hari ini tepat jam 9 pagi saya sudah meletakkan kereta Myvi saya di hadapan Kedai Bateri Super Electric Workshop di Kamunting, bersetetangan (seberang jalan) Pusat Membelibelah The Store Kamunting. Minggu ini sudah dua kali ke kedai ini, bermula dengan kereta Pesona dan hari ini pula dengan kereta Myvi.
Tidak kelibat Ah Keong,pemilik kedai yang telah saya kenali semenjak awal 90an dahulu cuma isterinya yang sedang sibuk menyapu lantai. Bila saya keluar dari kereta, isteri Ah Keong memberitahu saya suaminya pergi menghantar bateri ke sebuah kilang di Kamunting.
Hampir 30 minit menunggu akhirnya Ah Keong kembali ke kedai. Dia memaklumkan baru sahaja menukar bateri sebuah kereta pelanggan yang tidak dapat dihidupkan di sebuah kilang di Kawasan Perusahaan Kamunting. Selain dari menunggu pelanggan di kedai, Ah Keong tidak keberatan untuk keluar jika dipanggil di sekitar Kamunting dan Taiping.
“Tapi kalu lu call dari KL atau Kedah, aku tak pi la!”, sambung cerita Ah Keong mengenai jarak perkhidmatan luar yang ditawarkannya itu.
Setelah bateri baru dipasang di kereta Pesona saya, Ah Keong seperti biasa mencatatkan tarikh pemasangan hari ini dan kali ini turut dicatatkan nombor telefon bimbitnya di permukaan bateri tersebut.
“Ini nombor henpon aku – lain kali bateri kong di rumah call saja aku!”, Ah Keong menawarkan diri.
Ini sudah “delight service”!
lukmanw@gmail.com
Posting berkaitan di sini.
No comments:
Post a Comment