WITS Ninja 9 dan Tamiya Katana
Replika Kawasaki Ninja GPZ900R skala 1:12 ini adalah
keluaran WITS dan Suzuki Katana GSX1100S skala 1:12 ini adalah keluaran Tamiya
Replika WITS Ninja 9 ini telah dipasang-siap. Kebanyakan komponen
repilka Ninja 9 ini adalah metal. Hampir semua komponen menyerupai model
sebenar malah boleh digerakkan. Sebagai contoh, tuas gear boleh digerakkan!
Manakala replika Tamiya Katana dalam bentuk ceraian komponen plastik dan perlu dipasang sendiri.
Saya berjaya mendapat kedua-dua koleksi yang telah lama
dicari ini melalui kawan atas kawan di luar negara.
Replika WITS Ninja 9 ini kini berada dalam simpanan saya sekarang
tanpa cacat-celanya. Manakala replika Tamiya Katana setelah siap dipasang oleh “mekanik
no. 6” terdapat sedikit kecacatan iaitu; (i) signal belakang kanan dan (ii) side
mirror kanan patah, (iii) wind shield tercabut dan (iv) hujung side stand
patah. Manakala (v)center stand pula hilang entah ke mana!
Maaf! Selepas ini kedua-dua replika akan berada dalam casing
bercermin khas! Tengok boleh! Pegang?
Maaf!
No comments:
Post a Comment