Thursday, May 30, 2013

Defender 110, Ninja 9 dan Katana sudah dimiliki

Defender 110, Ninja 9 dan Katana sudah dimiliki

Antara hobi saya dan anak jantan seorang saya itu ialah mengumpul replika model kenderaan terutama motosikal. Hingga kini tidak pasti berapa jumlah sebenar yang telah dimiliki dengan koleksi kami memenuhi satu almari kaca, rak-rak dinding dan ada sebahagiannya dalam kotak.

Hari ini 2 model yang sekian lama dicari telah berjaya dimiliki iaitu Kawasaki Ninja GPZ900R dan Suzuki Katana GSX1100S. Saya sebenarnya mencari Katana GSX750S tapi model GSX1100S ini hampir tiada perbezaan luarannya dengan mopdel GSX750S.

GPZ900R sengaja saya “daftarkan” dengan nombor plat BCC9277 sempena bekas motosikal arwah MYB (kisahnya boleh dibaca di sini, di sini dan di sini) dan juga merupakan superbike pertama yang saya tunggang. Saya juga mengenali pemilik sekarang Ninja 9 ini dan insya-Allah akan merakamkan gambar saya dengan Ninja 9 ini jika berkesempatan.

Koleksi akan datang- insya-Allah ialah Kawasaki GPZ1100, Katana GSX1100/750 SE Savana dan Katana 650M Syaft Drive.

Janji saya pada orang rumah saya seorang itu jika saya sudah berjaya miliki semua koleksi berikut iaitu; (i) Land Rover Defender 110 Twin Cabin, (ii) Land Rover Defender 110 Pickup, (iii) Kawasaki Ninja GPZ900R, (iv) Kawasaki GPZ100, (iv) Suzuki Katana GSX1100/750S, (v) Suzuki Katana GSX1100/750SE dan (vi) Suzuki Katana 650M Syaft Drive – saya akan “bersara” dari mengejar replika-replika kenderaan lain.

Lainlah kalau ada orang nak bagi – saya masih boleh terima!





1 comment:

lukmanw@gmail.com said...

Ninja GPZ900R arwah MYB sebenarnya bernombor plate BCC9077 dan bukannya BCC 9277.

Mulanya saya sudah memaklumkan kepada kenalan yang design plate no supaya membuat no. BCC9077 tetapi entah kenapa saya menukarnya pula ke no BCC 9277.

Dalam masa terdekat ini saya akan menukar semula no. plate tersebut ke BCC9077.