Wednesday, May 01, 2013

Superbike dan aku


Superbike dan aku

Bhg. 1. Keperluan atau keinginan (must have or nice to have)

(Masuk hari ini sudah hampir 5 bulan aku menunggang semula superbike semenjak awal tahun ini. Semasa menunggang sentiasa ada sahaja keinginan di fikiran untuk berkongsi sesuatu dengan orang lain. Bukan untuk bermegah atau menunjuk jauh sekali tetapi sebagai sesuatu catatan yang mungkin boleh dikongsi bersama. Posting ini lebih kepada catatan peribadi menjurus kepada keselamatan semasa menunggang. Jika bersesuaian diteladani dan jika tidak bersesuaian jadikannya sempadan).

Lebih dari 10 tahun aku berhenti dari memiliki motosikal besar atau superbike ini. Akhirnya setelah anak jantan aku seorang itu memasuki asrama di tahun ini, aku mengambil keputusan untuk ber-superbike semula.

Sebelumnya pelbagai persiapan dan persediaan awal telah dibuat. Bermula dengan “merisik” sama ada hasrat aku itu dipersetujui (blessing!) oleh orang rumah aku seorang itu dan juga orangtua aku (terutama emak aku). Alhamdulillah, mungkin mereka ini sememangnya mengetahui pengelibatan dan minat mendalam aku dari usia belasan tahun lagi dalam arena pemotoran 2-roda tidak menghalang walaupun pada masa yang sama juga tidak mengalakkan aku bersuperbike semula.

Aku juga tertanya-tanya sama ada aku masih berkemampuan dari segi keupayaan fizikal dan kemahiran mengendalikan jentera 2-roda ini. Walaupun lebih 10 tahun aku meninggalkan arena superbike ini, kerap juga aku dipelawa oleh kenalan atau pelajar master aku yang memiliki superbike ini untuk mencubanya untuk menunggang jarak dekat. Sememangnya aku amat sukar untuk menerima pelawaan mencuba superbike (termasuklah kereta) walaupun dari adik-beradik sendiri. Kecualilah jika test-ride/drive terus dari syarikat pengedar kenderaan. Aku turut bertuah kerana dari masa ke semasa ada sahaja pengedar/penjual kenderaan (motosikal dan kereta) yang mempelawa aku untuk menguji (test-ride/drive) kenderaan baru (atau terpakai) mereka.

Ini termasuklah kesukaran untuk mengelak dari menerima pelawaan untuk menemani seorang rakan menunggang bersama menyeberangi sempadan. Bukan membawanya atau memboncengnya sebaliknya dipinjamkan salah sebuah superbikenya. Rakan d KL ini mempunyai 4 buah superbike touring, dual-purpose, easy-rider dan scooter 400cc!

Persiapan awal ialah menentukan jenis superbike dan kuasa yang hendak dimiliki. Sport? Oh, bukan era aku lagi! Touring? Terlalu berat dan harganya di luar kemampuan. Easy-rider? Walaupun orang rumah ada tanda-tanda minat tetapi entah mengapa dari dulu model easy-rider tidak pernah terlintas dalam hati untuk memiliknya. Dari puluhan motosikal dan superbike yang aku pernah miliki tidak pernahpun aku membeli easy-rider! Akhirnya aku memilih semi-touring naked bike iaitu Kawasaki ER6N (Model N – Naked) yang berkuasa 650 cc. Mulanya aku ingin membeli Versys 650 tetapi orang rumah aku sedikit gayat untuk menaikinya!

Mengapa ER6N? Model ini agak popular di Malaysia dengan sokongan kuat dan banyak selepas jualan. Sebenarnya aku meminati motosikal dan superbike Suzuki, malah di kalangan orang lama pemotoran 2-roda ini aku dikenali dengan Suzukiman disebabkan hubungan yang erat aku dengan Suzuki di Malaysia (Suzuki Assembly Malaysia) dan pada masa yang sama hampir 80 % motosikal/superbiike yang aku guna dan miliki ialah dari model Suzuki.

Mengapa 650 cc dan 200 kg? Biarlah bertatih semula! Kalau ada rezeki dan keupayaan fizikal insya-Allah model selepas ini pilihannya touring yang lengkap dengan beg sisi dan sistem pemacu syaft!

Aku membeli ER6N ini dengan tujuan menggunakannya sebagai kenderaan berulang-alik Taiping-Sintok sekali-sekala berganti dengan kereta, menggunakannya jika mengajar luar atau berkursus yang tempohnya sehari-dua dan juga untuk berlibur di hujung minggu sama ada dengan orang rumah atau anak jantan aku seorang itu.

Persiapan awal juga dibuat dengan mendapatkan pandangan dari pemilik ER6N (serta ER6F) dari kenalan lama dan juga melalui forum siber terutamanya Forum MBC. Banyak maklumat, tips dan nasihat yang berkaitan ER6 (N & F) yang boleh didapati di Forum MBC ini. Seperti biasa juga aku berjaya mendapatkan Workshop Manual walaupun aku tidak berhasrat untuk membuat major service sendiri ke atas ER6N ini.

Antara aksesori motor awal yang aku beli bersama ER6N ini ialah; Beg Sisi GiVi + Side Rack, Handle Hand Guard, Wind Screen, Rear Rack, Rear Hugger, Radiator Cover, Frame Slidder, Tank Protector Sticker,  dan Tank Bag. Keperluan ini akan dijelaskan dalam Bhg. 2, insya-Allah.

Aksesori menunggang juga banyak yang aku beli walaupun masih banyak lagi aksesori menunggang ini yang ada dalam milik aku walaupun ada di antaranya mencecah usia hampir 20 tahun!

Antaranya yang aku beli ialah 2 helmet modular (flip-up), 2 Mesh Jacket, 2 Riding Golve, 1 Cordura Riding Pant, 1 Touring Riding But, 1 Female Hi-Cut But, 2 Skull Cap dan set lengkap 2 Givi Raincoat + Shoe Cover. Semua ini untuk aku dan orang rumah aku seorang itu. Manakala untuk anak jantan aku, aku warisi semua aksesori lama aku kepadanya dan dia amat berbangga memilikinya. Keperluan ini akan dijelaskan dalam Bhg. 3, insya-Allah.

Untuk persediaan lain aku beli Paddock Stand kerana ER6N tidak dilengkapi tongkat tengah, tongkat roda belakang mudah-aleh (Jackpac), pengunci roda depan bentuk-U dan Tubeless Repair Kit. Keperluan ini akan dijelaskan dalam Bhg. 4, insya-Allah.

Aku membeli ER6N ini di KL kerana beberapa sebab. Sebab utamanya harga yang ditawarkan (boleh rujuk di laman web Mudah) berbeza hampir RM2K jika dibeli di Perak (Ipoh dan Taiping) atau di Pulau Pinang. Pada masa yang sama semasa membawanya pulang dari KL ke Taiping, aku sudah dapat melenjankannya sejauh 300 km dalam proses eangine breaking-in 1000 miles (1600 km) ini.

Jumpa lagi di bahagian-bahagian akan datang, insya-Allah.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

3 comments:

Jazzy Jeff said...

Tahniah. Welcome to the club.

lukmanw@gmail.com said...

sama-sama sdr Jazzy Jeff

Anonymous said...

Bro...x sabar dok tunggu bahagian 2&3 tak kunjung tiba lagi ka?