Monday, November 17, 2014

Kenduri Kambing Panggang Rumah Nurul Iman Kamunting

























Kenduri Kambing Panggang Rumah Nurul Iman Kamunting

Alhamdulillah murah rezeki anak-anak yatim penghuni Rumah Nurul Iman Kamunting hari ini.

Tengahari tadi Kenduri Kambing Panggang dan Nasi Minyak dan petang ini pula Capati Syafiq Said Taman Mewah oleh alumni Sekolah Izzuddin Shah Ipoh Batch 1980-1984. Malam tadi pula mereka Kenduri Kerang Rebus.

Dimaklumkan oleh En Bakri, Pengurus/Penjaga Rumah Nurul Iman ini, ada Hamba Allah akan hantar Pizza pula malam ini. Alhamdulillah, murah rezeki anak-anak ini. Alhamdulillah penyumbang Pizza ini menghubungi dahulu sebelum menghantar makanan. Harap bakal penyumbang lain (makanan masak) berbuat demikian untuk mengelakkan pembaziran.

Sekadar berkongsi amalan menyantuni anak-anak yatim dan miskin ini semasa makan

1. Berkenalan dan beramah mesra dahulu dengan anak-anak ini sebelum mula makan. 

2. Cuba mengambil hati dan mencari peluang untuk berbual-bual dengan anak-anak ini.


3. Jangan asingkan anak-anak ini dengan tetamu. Seeloknya setiap meja ada tetamu dan juga ada anak-anak ini.


4. Anak-anak ini didahulukan mengambil makanan. Kemudian diikuti oleh anak-anak tetamu dan golongan wanita.


5. Lelaki dewasa mengambil giliran paling akhir.


6. Tetamu yang menghidangkan makanan (serve) bukannya pelayan.


7. Pastikan makanan anak-anak ini ditambah / diisi semula jika mereka berhasrat demikian.


8. Peralatan makan-minum dan kerusi meja (hiasan) mesti sama antara tetamu dengan anak-anak ini.


9. Jangan terlalu asyik berbual sesama sendiri sehingga melupakan/mengabaikan anak-anak ini di meja makan.


10. Berjabat tangan dan maklumkan kepada anak-anak ini sebelum beredar meninggalkan majlis.


Antara rujukan –

Ada seorang laki-laki yang datang kepada Nabi S.A.W. mengeluhkan kekerasan hatinya. Nabipun bertanya : sukakah kamu, jika hatimu menjadi lunak dan keperluanmu terpenuhi ? Kasihilah anak yatim, usaplah mukanya, dan berilah makan dari makananmu, nescaya hatimu menjadi lunak dan keperluanmu akan terpenuhi .” (Hadis Riwayat Abu Ya’la dan Thabrani, Sahih At Targhib, Al-Albani)

Dari Abu Bakar bin Hafsh, “Bahwasanya tidaklah Abdullah bin Umar makan dengan suatu makanan kecuali bersama seorang anak yatim.”


“ Barang siapa yang mengikut-sertakan seorang anak yatim diantara dua orang tua yang muslim, dalam makan dan minumnya, sehingga mencukupinya maka ia pasti masuk syurga .” (Hadis Riwayat Abu Ya’la dan Thabrani, Sahih At Targhib, Al-Albani)



No comments: