Thursday, November 13, 2014

Rangler eksyen (in action) hari ini



Rangler eksyen (in action) hari ini

Sudah berbulan aku tak mengayuh jauh. Hanya mengayuh keliling rumah dan padang berdekatan. Pagi ini seawal 7.30am aku sudah mengeluarkan Rangler dari dalam ruang tamu. Orang rumah seorang aku sudah bising sebab ada tiga biji basikal mini dan sebiji motor di dalam ruang tamu! Manakan tidak sudah penuh porch depan dengan kereta, motor dan juga basikal lain!

Tanpa memperdulikan keadaan basikal, aku terus mengayuh. Rangler terasa berat dan pengimbangan badanpun terhuyung-hayang. Selang lima buah rumah aku patah balik. Rupa-rupanya angin tayar amat kurang dan ketinggian seat juga tidak sesuai.

Aku pam angin dan naikkan aras seat yang menggunakan “quick release level”. Aku mengayuh semula.

Cadang nak Pekan Lama Kamunting. Di situ banyak lorong dengan bangunan lama dan di situ ada dua kedai basikal lama yang sering dikunjungi bapa seawal 70an dulu. Rasanya bapa beli basikal tua Raleigh second hand miliknya dulu di salah sebuah kedai ini. Kalau tak silap bapa beli dengan harga RM 30.00 sahaja. Nanti aku tanya bapa.

Sampai berdekatan Padang Rumah Awam (CP 01), seat melorot turun. Quick release lever ini tidak dapat menampung berat aku yang menghampiri 90 kg ini. Pada masa yang sama “quick release lever” ini hanya berfungsi dengan baik jika tiang seat tidak diletakkan ke paras maksimum tingginya.

Kurang selesa dengan tunggangan seat rendah di mana biasanya aku set ketinggian supaya seat hanya hujung kasut aku sahaja mencecah jalan, aku mengambil keputusan menukar laluan mengayuh menuju ke Sungai Ranting.

Sampai ke titi kecil Sungai Ranting sempadan Kampung Ekspo ini, aku berhenti  lelah sebentar (CP 02). Teringat aku shooting Roamer di sini dulu.

Aku meneruskan perjalanan melalui SK Kamunting dan terus ke Rumah Kedai Kamunting Jaya. Di sini aku singgah berdekatan jalan menghala bawah flyover (CP 03) dan juga deretan Rumah Kedai Lama (CP 04) untuk mengambil gambar.

Kayuhan bersambung ke Gerai Roti Canai Zul (CP 05) untuk Sarapan dan kemudian mengayuh balik ke rumah.

Tidak pasti jumlah kilometer yang dilalui. Secara keseluruhan Rangler ini tidak begitu selesa untuk tunggangan jauh kalau dibandingkan dengan Roamer sebelum ini.

Mungkin ketinggian seat tidak sesuai. Atau perlu ganti “quick release lever” dengan fixed bolt. Masalah pula untuk seating anak jantan aku seorang itu. Atau tetapkan Roamer untuk aku, Rangler untuk anak jantan seorang aku itu dan sebuah lagi mini untuk orang rumah seorang aku itu.

Mungkin juga saddle tidak sesuai? Aku ada saddle Brooks berspring dan berkusyen lagi tapi untuk basikal tua! Mungkin selepas ini aku akan cuba saddle Brooks ini.

Faktor lain mungkin ketinggian handle agak rendah membuat posture tunggangan tidak selesa.

Apapun Rangler (atau Rangler MX) lebih sesuai ditunggang secara BMX. Berlumba? Mungkin!

Ramai otai basikal yang menegur Rangler ini. Terima kasih aku terhadap teguran mereka. Ada yang menegur mengapa perlu dicat semula? (i) Mengapa tidak dikekalkan warna asal? (ii) Mengapa ditukar warna asal (merah) ke biru? (iii) Ini Rangler (bukan MX) sebab apa buat mudguard ala Rangler MX?

Jawapan aku yang newbie dalam perbasikalan ini ialah (i) aku suka memilih di-restoration semula termasuk diperbaharui warnanya walaupun aku tahu Rangler dengan warna asal lebih tinggi nilainya.

(ii) Roamer aku sudah berwarna merah sebab itu aku memilih warna baru iaitu biru.

(iii) Sebenarnya aku mencari Rangler MX sebab aku sudah ada mini biasa (Roamer) sebab itu aku guna mudguard pendek ala MX. Pada masa yang sama aku kekalkan penutup rantai Rangler sebab kemungkinan besar aku akan restoration semula untuk kesemua barangan asal Rangler .

Pada masa yang sama aku masih lagi mencari beberapa barangan asal Rangler / Rangler MX seperti Saddle dan pembalut saddle, mud flap, mud guard, paddle dan speed gear. Kalau kena harganya, bolehlah dilengkapkan kepada Rangler ini.

Cat pada emblem Raleigh juga belum digosok semula. Mungkin petang nanti nak pergi beli “thinner”. Beberapa parts juga kena dipolish semula. Autosol sudah dibeli cuma menunggu masa untuk dipolish.

Selepas ini mesti kayuh Rangler ini sampai ke Pekan Kamunting Lama. Tribute untuk bapa yang membeli Raleigh second handnya di sana dan kami sekeluarga pernah menyewa rumah setinggan di situ.


http://orangkecilorangbesar.bogspot.com/

































No comments: