Kuih Bakar
Saya tidak mengemari Kuih Bakar tetapi saya “tahu”
menikmati Kuih Bakar yang dibuat dan dimasak (dibakar) dengan sempurna.
Walaupun dibakar, warnanya masih kekal Puteh. Mungkin cuma
ada sedikit warna Kekuningan.
Semasa bertugas di Sintok dahulu, Kuih Bakar adalah buah
tangan saya kepada semua ketua jabatan dan juga staf-staf sokongan di jabatan
saya bertugas setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri. Malah Makcik Pencuci
dan Pakcik Guard juga turut merasa buah tangan yang saya ambil tempah khas dari
Batu Kurau.
Sebentar tadi di sebuah kedai runcit di Sintok, saya
terjumpa Kuih Bakar yang dijual dalam bekas plastic panjang. Saya terpikat
bukan sahaja dari warna kuih tetapi susunan silang Kuih Bakar ini dengan sifat
bentuknya masih kekal elok itu yang mencuri tumpuan saya.
No comments:
Post a Comment