Monday, October 08, 2012

Delight service di Kedai Bateri Kamunting



Delight service di Kedai Bateri Kamunting

Hari ini tepat jam 9 pagi saya sudah meletakkan kereta Myvi saya di hadapan Kedai Bateri Super Electric Workshop di Kamunting, bersetetangan (seberang jalan) Pusat Membelibelah The Store Kamunting. Minggu ini sudah dua kali ke kedai ini, bermula dengan kereta Pesona dan hari ini pula dengan kereta Myvi.

Tidak kelibat Ah Keong,pemilik kedai yang telah saya kenali semenjak awal 90an dahulu cuma isterinya yang sedang sibuk menyapu lantai. Bila saya keluar dari kereta, isteri Ah Keong memberitahu saya suaminya pergi menghantar bateri ke sebuah kilang di Kamunting.

Hampir 30 minit menunggu akhirnya Ah Keong kembali ke kedai. Dia memaklumkan baru sahaja menukar bateri sebuah kereta pelanggan yang tidak dapat dihidupkan di sebuah kilang di Kawasan Perusahaan Kamunting. Selain dari menunggu pelanggan di kedai, Ah Keong tidak keberatan untuk keluar jika dipanggil di sekitar Kamunting dan Taiping.

“Tapi kalu lu call dari KL atau Kedah, aku tak pi la!”, sambung cerita Ah Keong mengenai jarak perkhidmatan luar yang ditawarkannya itu.

Setelah bateri baru dipasang di kereta Pesona saya, Ah Keong seperti biasa mencatatkan tarikh pemasangan hari ini dan kali ini turut dicatatkan nombor telefon bimbitnya di permukaan bateri tersebut.

“Ini nombor henpon aku – lain kali bateri kong di rumah call saja aku!”, Ah Keong menawarkan diri.

Ini sudah “delight service”!

lukmanw@gmail.com

Posting berkaitan di sini.

Thursday, September 27, 2012

Syabas – delight service di Proton Edar 3S Juru

Syabas – delight service di Proton Edar 3S Juru

Selain dari PLUS, Proton terutamanya Proton Edar 3S Juru adalah organisasi yang sering saya sebut dalam dua blog OKOB dan OTJ saya ini sama ada memberi penghargaan ataupun komentar untuk penambahbaikan (room for improvement). Boleh rujuk dalam posting-posting lama saya.

Sewaktu membuat posting ini saya berada di ruang menunggu Proton Edar 3S Juru. Hari ini seawal pagi lagi saya sudah bertolak dari Taiping untuk menghantar Pesona saya untuk diservis. Saya tiba awal sekitar 7.30 am di perkarangan Proton Edar 3S Juru.

Tidak menyangkakan ada penasihat servis yang telah datang, saya terus ke kaunter. Mengejutkan saya, sdr. Azman, penasihat servis yang baru pertama kali saya berkenalan hari ini telah berada di meja menunggu pelanggan. Walaupun masa urusan servis bermula 8.00 am, sdr. Azman menjemput saya ke mejanya dan mengambil keterangan Pesona saya.

Walaupun sebelum ini saya biasa berurusan dengan penasihat servis lain yang juga mesra pelanggan seperti Samson, Huzir, Zainuddin dan Bazilah, perkhidmatan oleh sdr. Azman lebih kepada “delight service”.

Telah lebih 5 tahun saya menghantar Pesona untuk diservis di Proton Edar 3S Juru mengikut syoran Manual Panduan, inilah kali pertama saya ditanya oleh penasihat servis di Proton Edar 3S Juru sama ada saya mahu mengambil baki minyak engine dan palam pencucuh yang terpakai.

Tidak seperti Perodua 3S Kamunting yang akan mengembalikan semua barangan yang ditukar atau baki minyak engine, Proton 3S Juru sebelum ini tidak pernah berbuat demikian.

Selain dari itu semua syoran proses dan alat ganti yang dicadangkan telah diterangkan (justify) dengan lengkap sebelum saya diminta menandatangani borang persetujuan servis.

Akhir sekali sementara menunggu Pesona saya siap diservis dengan masa anggaran telah dinyatakan, saya dijemput ke ruang menunggu sambil dipelawa mengambil minuman (Nescafe , Milo dan White Coffee) dan Biskut Hwa Tai Luxury yang ada disediakan.

Walaupun kudapan yang disediakan oleh Proton Edar 3S Juru ini jauh bezanya dari segi kuantiti dan kualiti kudapan Perodua 3S Kamunting, memandailah sambil membaca akhbar.

Di samping itu saya juga disapa sekali-dua oleh penasihat servis yang lain mempelawa untuk mengambil minuman dan biskut yang disediakan sementelah mereka melihatkan saya hanya meminum minuman yang dibawa sendiri dari rumah.

Apapun syabas saya ucapkan dengan perkhidmatan delight service di Proton Edar 3S Juru ini. Jauh beza dengan perkhidmatan sebelum ini yang mungkin agak keras teguran membina saya dalam posting-posting sebelum ini.


*Sebaik sahaja saya upload posting ini ketika jam menunjukkan 5 minit lagi ke pukul 10.00 am, sdr. Azman datang ke ruang menunggu memaklumkan Pesona saya telah siap diservis – tepat masa 2 jam seperti dianggarkan sebelum ini. Pada masa yang sama juga telefon saya berbunyi menandakan ada mesej yang diterima.

Mesej yang saya terima dari no. 69123 yang tertulis;

Dear Customer, your service appointment for AGIN5200 is booked on. Thank you for scheduling a service with us.

Saturday, September 22, 2012

Kembali ke Litar F1 Sepang

Kembali ke Litar F1 Sepang

Pepatah Melayu mengatakan “Bagai Sireh Pulang Ke Gangang” dan pelakon filem aksi Arnold Schwarzenegger pula akan berkata “I'll be back”.

Saya kembali ke Litar F1 Sepang kali ini bukan sebagai race official seperti selalu tetapi sebagai pengajar OSH. Kakitangan Litar F1 Sepang yang dulunya sama-sama bersama saya mengendalikan dan menganjurkan acara perlumbaan kini bersama-sama saya sebagai peserta kursus OSH yang saya kendali.

Cerita lanjut di sini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Saturday, September 15, 2012

Mesin Pelupus Tuala Wanita dan Vigina Examination Tower


Mesin Pelupus Tuala Wanita dan Vigina Examination Tower

Minggu lepas saya dijemput menjadi Ketua Juri kepada dua Pertandingan KIK (Kumpulan Inovatif dan Kreatif). Pertama di Pertandingan KIK Kolej Jururawat Zon Utara di Kolej Jururawat Pulau Pinang dan kedua di Pertandingan KIK Lembaga Hasil Dalam Negeri Pulau Pinang di Wisma Hasil Bandar Perda.

Pertandingan KIK pertama saya dibantu oleh juri-juri lain terdiri dari pengamal-pengamal perubatan (doktor, farmasi dan sebagainya) untuk membuat permarkahan produk yang berasaskan alat bantu mengajar perubatan dan kesihatan. Mujurlah adanya pengamal-pengamal perubatan yang memudahkan saya memahami produk-produk yang direkabentuk seperti Mesin Pelupus Tuala Wanita, Vigina Examination Tower, Model Mannequin, Model Abdomen, Model Telinga, Penyahan Kelalang Akrilik, Multipurpose Inspection Pen dan CD Latihan Bayi Usia 6 Bulan. Agak kemalu-maluan saya apabila dipelawa oleh ahli kumpulan (jururawat pelatih!) untuk menguji penggunaan simulasi vagina pada Vigina Examination Tower!

Posting selanjutnya
di sini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Saturday, September 08, 2012

Buah Melaka dalam Kon Daun Pisang


Buah Melaka dalam Kon Daun Pisang

Sudah lama saya tak terjumpa Kuih Buah Melaka yang dijual dalam bungkusan Kon Daun Pisang. Maaf! Gambar menggunakan telefon bimbit yang kurang jelas. Kuih ini dibeli di sebuah gerai kecil di Pekan Changlung.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Indahnya bahasa

Syabas Pejabat Daerah Taiping!

Friday, August 31, 2012

Anak OKU Ust. Senan JJMK Hari Pekerja 2011 meninggal dunia

Anak OKU Ust. Senan JJMK Hari Pekerja 2011 meninggal dunia

Pagi merdeka hari ini saya mendapat sms memaklumkan bahawa anak Ust. Senan yang berumur 11 tahun yang juga OKU telah kembali ke rahmatullah jam 5.00 pagi tadi. Keluarga Ust. Senan merupakan salah sebuah keluarga yang dilawati semasa Jalan-jalan Masuk Kampung Hari Pekerja 1 Mei 2011 di kawasan Selinsing, Perak program tahunan Warga Kilang. Anak OKU ini tidak boleh bergerak dan bercakap semenjak lahir dan dibesarkan oleh Ust. Senan dan isterinya dalam serba kekurangan. Rombongan kami terpaksa berjalan kaki sejauh 400 meter dan mengharung lecak untuk sampai ke kediamannya yang amat uzur ketika itu. Rombongan kami membawa sumbangan dari orang ramai termasuklah rak pinggan, almari baju, makanan, pakaian, lampin pakai buang, susu dan sebagainya..

Kunjungan kami pada Hari Pekerja 2011 itu rupanya menjadi titik mula kediaman keluarga Ust. Senan berterusan dikunjungi oleh ramai orang sama ada pertubuhan, syarikat ataupun perseorangan. Laluan ke rumahnya kini sudah ditambak. Rumah Ust. Senan telah diperbaiki dan pelbagai kemudahan lagi. Kunjungan Warga Kilang semasa Ramadan 2012 seminggu sebelum Syawal 2012 baru-baru ini disambut dengan Ust. Senan dengan tidak putus-putus bersyukur dan berterima-kasih terhadap semua yang membantu dan membuat sumbangan.

Rupa-rupanya kunjungan Warga Kilang itu adalah yang terakhir disambut dengan renungan mata anak Ust. Senan. Aruah telah selamat disemadikan jam 11.0 pagi tadi.

Posting berkaitan boleh dibaca di sini, di sini dan di sini.



lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Monday, August 27, 2012

Inilah sebuah langkah kecil bagi [seorang] manusia - Neil Armstrong


Inilah sebuah langkah kecil bagi [seorang] manusia - Neil Armstrong

Kaitannya dengan gambar di atas boleh dibaca di sini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Sunday, August 26, 2012

Thursday, August 23, 2012

FOR SALE - Life Magazine Life At War - The Photographer Under Fire


FOR SALE - Life Magazine Life At War - The Photographer Under Fire

Life Magazine Special Edition. First Printing 1985. Life At War - The Photographer Under Fire. Hardcover magazine with condition 8.5/10 without any pen/pencil marks. Price RM 800.00 NETT. not included postage.

Contains the famous Nick Ut’s photograph on page 162*, of a naked 9-year-old girl running toward the camera to flee a South Vietnamese napalm attack on invading North Vietnamese at the Trảng Bàng village during the Vietnam War.

Interested buyer/collector can email me at lukmanw@gmail.com


*June 8, 1972 – It was on this day near the Vietnamese village of Trang Bang that photographer Nick Ut (Huynh Cong Ut) snapped one of the most powerful images of the war.

Moments after a South Vietnamese plane dropped a napalm bomb, civilians began to emerge from the flaming homes and fields. One of these fleeing survivors was a 9-year-old girl named Phan Thị Kim Phúc. She was naked and her back was severely burned.

The image of the little girl served as a brutal reminder to the American public about the horrific events that were happening every day in the faraway war. The photograph would win a Pulitzer Prize.

Thursday, August 16, 2012

Friday, August 10, 2012

Restoran Syeikh Huang-ti Taiping



Restoran Syeikh Huang-ti Taiping

Awal tahun ini saya terbaca beberapa catatan di internet mengenai Restoran Syeikh Huang-ti yang terletak di Jalan Tupai, Taiping sebaris dengan bangunan Bank Islam. Melalui satu link saya melawat blog pemilik restoran ini. Terkejut saya bila mendapati pemilik restoran ini adalah rakan superbiker saya semasa pertengahan 80an dahulu. Semasa itu beliau adalah pengarang majalah Sensasi manakala saya di Roda-Roda. Terus terang saya katakan, kami di Roda-Roda ketika itu “mengkagumi” majalah Sensasi kerana kualiti rekabentuknya, jenis kertas dan jumlah helaian berwarnanya jauh lebih baik dari Roda-Roda. Ini disebabkan majalah Sensasi dinaungi oleh Creative Enterprise, penerbit majalah Gila-Gila yang sudah tentu mempunyai sokongan kewangan dan kakitangan grafik yang ramai. Berbeza dengan kami di Roda-Roda ketika itu di mana seorang pekerja melakukan hampir semua tugas.

Minggu lepas saya dan keluarga mengambil peluang berbuka puasa di sini. Pertemuan setelah hampir 30 tahun tidak berjumpa, kami mengenang semula zaman superbiker kami, di samping kesibukan beliau melayan pelanggan mula datang untuk berbuka puasa.

Sajian utama di sini adalah stimbot; yang terdiri daripada 3 jenis - set biasa, set sukithai (dibakar dgn arang) dan set Korean style. Sajian-sajian lain ialah menu Masakan Cina dan Thai serta Masakan Melayu (Nasi Campur).

Untuk menu lengkap boleh lawat di sini dan di sini. Untuk makluman juga restoran ini mula dibuka pada Hari Raya Aidilfitri yang ketiga.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Wednesday, August 08, 2012

OKU - Otak Kurang Upaya!


Gambar diterima melalui email

OKU - Otak Kurang Upaya!

Pemandu (pemilik?) kereta-kereta mewah ini sememangnya OKU iaitu Otak Kurang Upaya walaupun bukannya OKU - Orang Kelainan Upaya.


lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Tuesday, August 07, 2012

Bila komedi diseriuskan


Bila komedi diseriuskan

Mr Bean di Olympic 2012. Klik di sini.

Tuesday, July 24, 2012

Suara, suara, suara (Pyanhabib 1975)



Suara, suara, suara (Pyanhabib 1975)

Inilah kali pertama aku mengenali Pyanhabib dengan sajaknya yang pertama aku baca pada tahun 1979. Ketika itu aku masih di Darjah 6 dan bermulalah koleksi Pyanhabib dalam simpanan aku.

Buku rampaian berisi keratan akhbar koleksi Pyanhabib ini aku simpan sehinggalah aku kehilangannya sekitar tahun 1985 atau 1986. Malah di antara tahun itu aku pernah mengutus surat kepada Pyanhabib (beralamatkan Utusan Malaysia) memohon untuk mengikutinya mendeklamasikan sajak. Aku tidak pasti samada surat tersebut sampai ke tangan Pyanhabib atau tidak.

Kini setelah sekian lama, sajak Suara dan lain-lain menjadi koleksi aku semula.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tuesday, July 17, 2012

Membeli sambil menderma



Membeli sambil menderma

MFPA (Mouth & Foot Painting Artists Sdn Bhd) sedang giat mempromosikan Kad Ucapan Aidilfitri. Mereka yang berminat untuk membeli sambil menderma boleh muat-turun borang di sini.

Boleh dirujuk di sini juga.

MOUTH & FOOT PAINTING ARTISTS SDN BHD ( 122253-U )
Lot 327, 2nd Floor, Ampang Park Shopping Centre,
Jalan Ampang, P.O. Box 12431,
50778 Kuala Lumpur,
MALAYSIA.
Telephone: 03-2161 8860, 03-2161 8502 Fax: 03-2162 1504

Thursday, July 12, 2012

Then and Now

Then and Now

See between old days and now days
(Received thru email)