Wednesday, January 14, 2009

Aku mewakili mereka yang di bawah

Gambar-gambar diterima melalui email






Aku mewakili mereka yang di bawah

................ dan bukannya mereka yang di atas.

Memang aku mengakui posting ”Boikot Produk Amerika” sebelum ini mempersoalan kewajaran kita memboikot produk-produk Amerika yang dikilangkan di Malaysia. Sejujurnya aku persoalan itu mewakili mereka yang di bawah dan bukannya mereka yang di atas.

Mereka yang di atas hanyalah ”sekadar nama” yang kelibatnya hanya sekali-sekala datang untuk mempengerusi majlis. Muncul sekali-sekala di hadapan tv mewakili syarikat. Timbulnya mereka berkepuk-kepuk masuk. Mereka ini tidak terjentik sekelumit pun jika menjadi insan pertama memboikot atau lebih jantan dengan meletak jawatan sebagai pengerusi atau pengemeja mana-mana syarikat berkait Amerika ini.

Jauh bezanya dengan mereka yang di bawah yang kelibatnya kadang-kadang tidak kering peluh di baju. Tidak kira panas terik atau hujan berhamburan tetap hadir mencari nafkah. Tidak muncul sekali-sekala hanyalah anak sakit di rumah. Mereka ini yang akan mengeluh jika tiada over-time apatah lagi jika teruzur sakit demam. Gaji belum diterima tetapi sudah ditolak sana-sini perbelanjaan seharian.

Ahad lepas aku di Pulau Pinang. Sepupu orang rumah seorang aku itu mengeluh pilu. Kilangnya (kata buat lampu) akan mengumumkan senarai nama pekerja yang kena VSS pertengahan bulan ini.

Bercucuran air mata si anak gadis baru melangkah 20an ini. Berdoa agar namanya tiada dalam senarai. Tiada guna duit setompok yang diberi ganti untuk perkhidmatannya selama 6 tahun. Habisnya jua.

Beruntungnya si gadis ini yang berkongsi bumbung dengan ibu tua dan kakak. Ada abang yang boleh menitip seringgit dua.

Tetapi bagaimana dengan Pak Ali yang anaknya 8. Sulongnya baru tingkatan 5 dan bongsunya belum menjejak halaman sekolah.

Kak Salmah pula siibu tunggal. Anaknya 5 perempuan belaka. Memang sulongnya sudah bekerja tetapi hanya lepas untuk diri sendiri. Tinggal 2 di sekolah menengah dan 2 sekolah rendah yang perlu ditanggung.

Sanggupkah atau perlukah Pak Ali atau Kak Salmah memboikot (atau berhenti kerja) di kilang yang mereka kerja yang kebetulan berkaitan dengan produk Amerika?

(Sekurang-kurangnya anak jantan seorang aku itu sudah bersetuju sanggup untuk tidak makan KFC dan McDonald buat tempoh ini!)

Klik di sini, dan di sini untuk artikel berkaitan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: