Friday, June 03, 2011

USS, Universal Studio Singapore, 1 Jun 2011




Universal Studio Singapore, 1 Jun 2011

Kebetulan (macam biasa ada saja kebetulan!), aku ada tugasan kerja di Johor Baru, kesempatan ini berkebetulan dengan cuti sekolah (berapa punya banyak kebetulan daa…!), aku, orang rumah seorang aku itu dan anak jantan seorang aku itu berkunjung ke
Universal Studio Singapore (USS) di Resort World Sentosa.

Kami menggunakan khidmat agen pelancongan Skypro Trading (Mr. Albert Chia, HP:016-7217011, email:bonvoyagevacation@gmail.com) dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan dan diberi layanan yang memuaskan. Pakej 2 hari semalam ini (RM298.00 seorang) meliputi 1 bilik penginapan di Hotel The Zone JB dengan sarapan, pengangkutan van pergi-balik dan juga tiket masuk ke USS (seharian 10am – 10pm) untuk kami 3 beranak.

Penjalanan kami bermula di (jika belok kiri selepas pintu masuk utama USS) Madagascar dengan menaiki bot ke dalam gua pengembaraan Sang Singa Alex dengan rakan-rakannya Marty, Melman dan Gloria. Setiap kawasan bertema ini berakhir dengan kedai cenderahati. Bagaimanapun harga sehelai t-shirt bermula dengan S$25.00 (S$25.00 x RM2.40 = RM 60.00).

Keluar dari Madagascar kami “termasuk” ke kawasan Junior Roller Coaster di Enchanted Airways, Far-far Away. Sebelum menaiki Junior Roller Coaster, kami diminta meninggalkan semua barangan yang dibawa seperti beg, beg tangan, kamera dan sebagainya di rak yang disediakan. Agak risau juga meninggalkan semua barangan ini kerana rak yang disediakan tidak berkunci! Bagaimanapun ramai petugas di sini.

Mungkin kami tidak pernah menaiki Roller Coaster sebelum ini, pengalaman pertama kali ini memang menakutkan (pening sedikit dan ada rasa nak muntah :-)) walaupun ia nya hanya bergerak sendeng hampir 90 darjah! Pengalaman ini juga membuatkan kami tidak berani untuk mencuba Battlestar Galactica yang bergerak 90 kmj! Roller Coster Cylon Raider di Battlestar Galactica pula dinaiki secara tergantung kepala ke bawah!

Bagaimanapun di sini mereka yang ketinggian kurang 92sm tidak dibenarkan menaiki Junior Roller Coaster ini. Manakala dengan ketinggian 82sm – 122sm pula perlu penyeliaan.

Bersebelahan Enchanted Airways ini ialah The Lost World yang juga menyediakan bot ke gua pengembaraan Jurassic Park. Oleh sebab terlalu ramai yang beratur menunggu giliran, kami mengambil keputusan hanya menonton pertunjukan Water World. Menonton pertunjukan Water World ini seolah-olah menyaksikan kembali filem Water World lakonan Kevin Costner. Pertunjukan Water World ini diadakan 2 kali sehari iaitu jam 12.30 pm dan 3.30 pm.

Semasa di Madagascar dan di Battlestar Galactica juga kami terpaksa beratur sekitar 20 minit bersesak dengan penghujung lain menunggu giliran.

Di Ancient Egypt pula tersedia binaan era Egypt semasa 1930an. Bersebelahan Ancient Egypt ialah Sci-Fy City tersedia roller coaster Battlestar Galactica yang menanti mereka yang berani mencuba!

Perjalanan seterusnya ialah era 60an dan 70an di New York dan diikuti Hollywood. Selain dari bertemu dengan hero dan karektor filem, kami juga tidak melepaskan peluang menyaksikan rakaman kesan khas filem di studio dan menonton serta bergambar dengan pelakon Universal Classic Monsters di “Monster Rock".

Dengan bayaran tiket S$75.00 (RM180.00) seorang, pengunjung boleh meneroka kesemua 7 kawasan bertema ini; Madagascar, Far-far Away, The Lost World, Ancient Egypt, Sci-Fy City, New York dan Hollywood. Tiada bayaran tambahan dikenakan untuk mencuba sebarang permainan atau pertunjukan yang disediakan.

Selain dari t-shirt terdapat pelbagai cenderahati mengikut kawasan bertema. Tersedia juga beberapa restoran halal tetapi semasa kunjungan kami 2 darinya tertutup. Apabila ditanya, katanya masalah hawa dingin. Di Food Court Utama juga tiada makanan halal disediakan. Kami kagum terhadap seorang petugas Melayu yang sentiasa mengingatkan pengunjung bahawa makanan yang disediakan di Food Court Utama adalah tidak halal walaupun semua makanan adalah “pork free”!

Minuman ringan berkarbonat dijual S$3.00 sebotol. Tetapi jika dibeli dengan bekas khas ia boleh mencecah S$15.00! Manakala set burger Shake (dengan jaminan halal Singapura) dijual dengan harga bermula S$15.00.

Kemudian lain seperti kereta sorong kanak-kanak malah untuk orang kelainan upaya (OKU) juga disediakan. Bilik air dan kebersihan kawasan persekitarannya dijaga oleh ramai petugas. Mesin Air Minuman percuma (fountain) juga banyak disediakan

Terdapat surau (tetapi tiada sebarang papan tanda) berhampiran pintu masuk utama bersebelahan pejabat Lost and Found. Hanya sebuah bilik dijadikan surau untuk lelaki dan wanita. Manakala kemudahan berwuduk terpaksa menggunakan bilik air biasa. Apabila ditanya mengapa tiada sebarang papan tanda atau makluman dalam risalah yang diedarkan, petugas memaklumkan surau ini hanya sementara !

Terdapat juga panduan khas kepada OKU jika hendak mencuba sebarang permainan atau pertunjukan yang disediakan. Dapatkan panduan khas ini pejabat Guest Service berhampiran (sebelah kiri) pintu masuk utama. Sedikit dikesalkan terdapat papan tanda yang salah berkaitan dengan OKU ini. Pihak pengurusan USS sepatutnya prihatin dan peka terhadap papan tanda yang salah ini.

Rujuk di sini untuk kemudahan-kemudahan yang ada di USS ini.

Petugas yang berurusan dengan penghujung di USS boleh ditemui di mana sahaja. Begitu juga dengan petugas khas yang ramai meminta pandangan dan kaji selidik dari penghujung. Antara soalan yang ditanya ialah adakah kami akan mengunjungi semula USS ini dalam masa 5 tahun akan datang.

Jawapan ikhlas kami; kemungkinan besar tidak! Cukuplah sekali. Bagaimanapun kami 3 beranak memang terhibur seharian dari 10 pagi dan memendekkan lawatan hanya ke pukul 8.00 malam walaupun sebenarnya kenderaan yang akan menjemput kami akan tiba jam 10.00 malam!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/









































































































2 comments:

JESS said...
This comment has been removed by the author.
JESS said...

Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...

Juga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price! Nak Private Tour 🚘 (car/starex)? Pun ada.. Silakan tanya...

Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219

*Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86