Sunday, June 19, 2011

Tidak keluar dari highway


Tidak keluar dari highway

Kalau terikat dengan masa perjalanan, biasanya aku berterusan menggunakan highway dan pada masa yang sama amat menghargai kemudahan yang disediakan di Plus tidak kiralah sama ada di R&R atau Perhentian Sebelah (Laybay). Kalau berperjalanan agak senggang masa, baru aku keluar highway.

Semalam aku dengan orang rumah seorang aku itu singgah di Perhentian Sebelah Simpang Pulai menghala ke Utara. Kadang-kadang di samping membeli buah potong kami perkena
Nasi Ayam Basree Bustaman di sini ataupun Supnya. Kunjungan kami semalam mencuba gerai baru bersebelahan Basree yang menyediakan menu yang dimasak.

Kami berkongsi sepinggan Nasi Goreng China. Boleh tahan juga rasanya dan pasti kunjungan akan datang kami akan mencuba menu yang sama dan menu lain.


Khamis lepas awal pagi semasa perjalanan pulang dari Sintok ke Kamunting bersendirian, aku singgah R&R Gurun menghala ke Selatan. Di sini kalau awal pagi, hanya dua, tiga buah sahaja gerai yang dibuka.

Aku tertarik dengan hidangan lauk di Gerai No. 7 Vistana Citarasa. Ada Udang Kecil Goreng Ranggup. Semasa berulang-alik setiap minggu bersama 3 rakan lain Taiping ke UKM Bangi pada tahun 2003 lalu, inilah menu kegemaran kami di R&R Ulu Bernam. Tetapi entah mengapa sekarang ini sudah tiada menu ini lagi.

Bersebelahan hidangan Udang Kecil Goreng Ranggup ini ada pula Ikan Kecil (anak ikan?) Goreng Ranggup dan Goreng Bercili. Sebelahnya lagi ada Paru Goreng Sambal. Kesemuanya ini adalah "lauk mesti ambik" aku!

Aku order Nasi Puteh setengah dan meminta keempat-empat lauk kegemaran aku itu. Pintaan aku sikit sudahlah. Penjual itu menceduk Paru dan Ikan Kecil setiap satu sesudu tetapi untuk Udang Kecil Goreng Ranggup, beliau hanya akan menjualnya dengan saiz sepiring kecil iaitu RM 2.50!

Mungkin malas nak bertekak, aku mengiyakan sahaja dan penuhlah pinggan aku dengan lauk-pauk.

Apa salahnya kalau diceduk satu sudu sahaja dan dikenakan bayaran sepatutnya!

Pelek juga kalau penjual yang selalu "always right" ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Rakan superbiker dari Singapore memberitahu pengalaman mereka minum
ABC Sawtow Lane di Penang pun sama. Ada seorang rakan wanita mereka tidak mahu Kacang Goreng dan meminta penjual ABC tidak memasukkannya dalam mangkuk ABC yang diorder. Tetapi penjual di situ enggan kerana pakej ABC mesti lengkap dengan semua ramuan yang ditetapkan termasuklah Kacang Goreng!

Aku pernah menulis mengenai pakej yang mengarut ini
di sini.

No comments: