Sunday, June 12, 2011

Warung Permai Tepian, Kampung Pertama, Seberang Prai - revisited


Warung Permai Tepian, Kampung Pertama, Seberang Prai - revisited

Tengahari tadi mulanya aku, orang rumah seorang aku dan anak jantan seorang aku itu bercadang hendak makan tengahari bermenukan ikan bakar di Warung Z-J Bahagia di Permatang Tok Kandu, Seberang Prai. Memandangkan panas tengahari yang terik dan Warung Z-J ini agak kurang selesa dengan limpahan pelanggannya, kami menuju ke Warung Permai Tepian, Kampung Pertama, Seberang Prai.

Paling akhir aku ke Warung Permai Tepian ini ialah pertengahan tahun 2009. Seperti dulu juga, tengahari tadi pelanggannya melimpah ruah dengan kereta bersusun di tepi jalan seolah-olah majlis kenduri kahwin.

Di sini agak selesa dengan suasana sawah bendang menyejukkan mata. Susunan mejanya juga tidaklah sepadat Warung Z-J, mungkin ruangannya lebih luas.

Kualiti makanan dan harganya?

Masih tidak berbeza seperti tahun 2009 dahulu. Untuk tengahari tadi kami bermenukan (makan ala Nasi Kandar bukan hidang); aku - Gulai Ikan Bawal Bendi (semangkuk), 2 Sotong Janggut dan seketul Tauhu Sambal Tumis (sebenarnya sebelah saja); orang rumah - Gulai Ikan Pari Bendi dan Sayur Lemak Sohun (semangkuk); anak - Ayam Masak Madu dan Telur Goreng Dadar. Kami juga mengambil 2 piring ulaman bersertakan Sambal Belacan dan 2 Teh-O-Ais dan 2 Ais Kosong. Dan 1 pinggan Nasi Tambah :-) Untuk kesemuanya ini kami dikenakan bayaran RM 18.50 sahaja.

Gambar-gambar lain boleh dilihat di sini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

6 comments:

Cikgooden said...

kari bawai tu yg buat aku telioq la bg.lukman....

lukmanw@gmail.com said...

as salam Cikgooden

aku hanya makan bawal goreng tapi di sini "kaw" juga kari bawal dia. ada khas kepala bawal saja!

speedrider said...

FYI, nasi tambah adalah free. Mintak aja nanti depa bawak mai. heheheh

lukmanw@gmail.com said...

Iye ke Mus

Patut le kami minta tambah depa tak kira pun

Anonymous said...

Sebenarnya, warung ni bukan lah terletak dikelilingi sawah walaupun jarak antara sawah dan warung ni tidaklah begitu jauh. Kalau nak lebih tepat, warung ni terletak disebelah sungai (belakang)dan berhadapan dengan padang bola.

lukmanw@gmail.com said...

betui, betui, betui

rasanya sebelah dia tu used car dealer!