Barangan Laut Lumut
Bulan Julai dan Ogos ini aku tiada kelas hakiki UUM sebab semester baru hanya akan bermula September yang selaras dengan semester IPT di luar negara. Walaupun begitu ada sahaja organisasi merata tempat di Malaysia yang menjemput aku sama ada mengajar ataupun membantu mereka dalam perkara berkaitan OSH.
Aku sampai di Lumut petang tadi. Esok dan lusa ada kerja di Lumut Port. Selepas check-in dan bermalasan di dalam bilik, aku keluar berjalan di bazar berhadapan jeti.
Harga barangan laut di sini agak mahal jika dibandingkan dengan pasar malam di Taiping. Walaupun ditawar masih ada bezanya. Tetapi aku masih membelinya. Tak pasti sama ada terpikat dengan barangan laut ini ataupun semata-mata buah tangan untuk keluarga.
Seperti biasa aku beli 3 pangku. Satu pangku untuk orang rumah seorang aku itu, satu pangku untuk orang tua aku dan satu pangku lagi untuk mertua aku. Setiap pangku aku beli 2 jenis ikan bilis, 2 jenis sotong, 2 jenis ikan masin dan 2 jenis udang. Aku beli juga sate ikan untuk anak jantan seorang aku itu.
Besok masih ada lagi sepetang untuk membeli apa yang patut.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Hidupan dalam gambar terakhir itu bukan itu dijual!
No comments:
Post a Comment