Kedai Makanan/Minuman Silaturahim Teluk Batik

Sunday, January 29, 2012


Kedai Makanan/Minuman Silaturahim Teluk Batik

Tahun lepas rasanya lima kali aku ada tugasan di Lumut. Seperti biasanya makan pagi dan tengahari aku menjamu selera di hotel yang disediakan untuk aku. Hanya di malam hari ada sahaja kenalan yang mengajak aku menjamu selera di luar terutamanya di Manjung.

Terlepaslah aku untuk menjamu selera makan tengahari di Kedai Makanan/Minuman Silaturahim Teluk Batik ini. Kedai yang berhampiran persimpangan ke Teluk Batik ini penah aku kunjungi sebelum tahun 2010. Menu ala kampong dengan ulaman, ikan bakar dan makanan lautnya begitu menyelerakan. Pelanggannya ketika itu terpaksa menunggu meja kosong.

Minggu lepas dalam perjalanan ke tempat penginapan di Hotel Best Western Marina Island Resort, aku singgap sebentar di kedai ini. Jam ketika itu sudah menghampiri 5 petang, kelihatan ada beberapa pekerja yang sedang mengemaskan meja kerusi.

Tidak pasti bila aku berpeluang lagi menjamu selera makan tengahari di sini. Adakah keenakan menunya masih sama seperti dulu.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

3 comments:

Faizal Rahman January 30, 2012 12:57 PM  

Rasanya pernah ke sini waktu berkonvoi zaman student dulu.

mkriza January 30, 2012 1:10 PM  

Baguslah restoran silaturrahim mengeratkan silaturrahim. Kalau restoran insaf terus insaf tak nak masuk sebab mahal harganya he he

lukmanw@gmail.com January 30, 2012 7:07 PM  

Assalam Faizal & Mkriza

Saya dimaklumkan Kedai Silaturahim semakin berkembang bisnes baru iaitu homestay. Ada 4 pintu di belakang Restoran Briyani (cawangan) berhampiran simpang Teluk Batik ini - bersebelahan Seven Eleven.

Post a Comment

Diri ini

My Photo
Pengembara yang masih, sedang dan terus mengembara

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP