Monday, January 09, 2012

Pondok Tanjung







Pondok Tanjung

Aku terjumpa gambar-gambar "perjalanan" aku yang bertarikh Julai 2004. Sebenarnya ketika itu aku bekerja di Kulim Hi-Tech. Setiap pagi seawal 6.00am aku akan keluar rumah di Kamunting, memasuki highway di interchange Kamunting dan keluar semula highway di interchange Bandar Baru. Kemudiannya melalui Serdang dan Sungai Ular sebelum sampai ke Kulim. Itulah laluan aku hampir 3 tahun setiap hari.

Sebelah petang pula aku ikut mood di hati. Kadang kala aku ikut Karangan, Sungai Dingin Estate kemudiannya ikut Selama. Ataupun aku ikut Pondok Tanjung. Semuanya bergantung kepada cuaca, kalau langit cerah - lagi jauh perjalanan pulang aku.

Pondok Tanjung pekan sepi. Di sini lahir dan bersekolah awalnya arwah Syed Alwi, tokoh teater yang terkenal itu. Ramai yang tahu atau pernah melihat drama (dan juga teater) Tok Perak dan Alang Rentak Seribu tetapi tidak mengetahu penulisnya ialah arwah Syed Alwi.

Karai, Sempeneh atau Pondok Tanjung? Banyak tempat nak kena re-visit ini!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

6 comments:

mkriza said...

Tuan, jauhnya perjalanan untuk ke tempat kerja. tambah2 ikut sungai ular yang macam ular jalannya. kena plak balik ikut pondok tanjung malam-malam. Aduh! senak jiwa jugak. Kalau siang boleh tengok monyet2 melepak tepi jalankan?

lukmanw@gmail.com said...

Assalam

Hampir 3 tahun saya ulang-alik Kamunting ke Kulim. Sudah hafal jalannya.

Saya ada ambil byk gambar monyet ini tapi tak jumpa pula di mana saya simpan.

Ijok di mana? Saya ada sepupu di Bendang luas

Dzulkifley Mohd. Said said...

Masih camtu juga rupanya pekan Pondok Tanjung ni ye.. Lama sangat tak ke sini, lebih 15 tahun dah.. Dulu zaman2 1980-an masa sya darjah 1 bapak saya ada jugak bawak jalan2 dari Taiping tu ke rumah arwah tok saudara kat Redang Panjang, Selama..

mkriza said...

Saya dok Kampung Sungai Jerneh

Anonymous said...

saya orang pondok tanjung dan tinggal di pondok tanjung.

Anonymous said...

Changkat Lobak Bagan Serai,Kerian mari hehe.......