Sunday, January 29, 2012

Restoran Briyani di Manjung


Restoran Briyani di Manjung

Semasa cuti Raya Cina lepas, kami tiga beranak menjamu selera dengan Nasi Briyani di Restoran Briyani Manjung berhampiran Stesen Minyak Petronas persimpangan lampu isyarat Manjung/Teluk Rubiah. Sebenarnya acapkali aku bertugasan di Lumut di tahun lepas, ada sahaja kenalan yang membelanja aku makan malam di sini. Walaupun tekak aku kini agak kurang berselera dengan Menu Mamak, Nasi Briyani di sini agak enak! Lebih-lebih lagi Kari Kambing dan Acar Rampainya. Begitu juga Ayam Goreng Berempahnya. Kalau berpeluang makan di sini jangan lupa minta “keropok” ranggup tepung goreng Ayam Berempah ini!

Bahagian isi kambingnya dipotong kecil-kecil tidak seperti kebanyakan restoran lain menyediakannya dalam portion yang besar. Di sini ada Acar Rampai tidak seperti restoran lain yang lebih suka menyediakan jelatah.

Nasi Briyaninya pula masih panas dan lembut walaupun dimakan pada waktu malam! Nasi yang dibubuh dalam pinggan juga banyak jika dibandingkan dengan restoran mamak lain.

Rekomen? Bolehlah kalau anda minat Briyani!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


No comments: