Sunday, January 29, 2012

Warung Sawit di Manjung


Warung Sawit di Manjung

Agak kurang aku membuat posting mengenai makanan. Hinggakan sudah ada yang bertanya. Kerap juga makan luar sama ada berkeluarga, berkawan ataupun bersendirian. Tapi keghairahan menulis mengenai makanan yang dijamah seolah hilang begitu sahaja. Terbaru (Disember lepas) berpeluang menjamah Briyani Peha Kambing Puncak Mutiara di Kampung Pelek, Bukit Mertajam tetapi rnenunya biasa-biasa saja. Ingatkan selera sudah mula betah tetapi geng makan Mus Speedrider juga berkongsi pendapat yang sama.

Cuti Raya Cina lepas, kami sekeluarga ke Lumut. Trip with no reservation! Pagi di Ipoh dan tengahari di Lumut. Mulanya bercadang ke Cameron tapi sudah terkena sebelum ini kalau berpergian ke Cameron di musim-musim cuti alamatnya kekenyangan makan “jem” dalam kereta sajalah mengesot di jalan raya tanah tinggi tersbut.

Rupa-rupanya di Lumut pun sama! Dari jauh lagi sudah ternampak deretan kenderaan yang mengesot di pekan Lumut itu. Hinggakan tiada ruang kereta untuk parking. Setelah hampir satu jam terperangkap di atas jalan raya, kami mengambil keputusan pulang ke Taiping.

Dalam perjalanan menghala ke Pantai Remis, berhampiran litar go-kart di persimpangan lampu isyarat, kami terpandang deretan kenderaan yang berhenti di tepi sebuah gerai kecil di bawah deretan pokok kelapa sawit. Dalam beberapa kali perjalanan tugasan aku ke Lumut tahun lepas, gerai ini sentiasa mengamit hati aku. Mungkin masih kekenyangan Briyani Kambing dan Acar Rampai di Restoran Briyani berhampiran Stesen Minyak Petronas persimpangan lampu isyarat Manjung/Teluk Rubiah, kami meneruskan perjalanan.

Minggu lepas dalam perjalanan tugasan di Lumut, aku singgah di gerai kecil ini. Menurut beberapa orang anggota polis yang ditemui di sini, gerai ini dikenali sebagai Warung Sawit memang terkenal di kalangan pemandu lori.

Atas syoran anggota polis ini aku mencuba Mee Rebus. Kuahnya sedikit cair tetapi cucur dan tauhu gorengnya melazatkan lagi Mee Rebus.

Lain kali aku nak cuba Laksa pula. Mungkin bersama dengan orang rumah seorang aku itu.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/



No comments: