Wednesday, March 26, 2008

Koleksi Joe Glover (1959)

Antara tempat kegemaran aku dan juga salah satu tempat kerja impian aku semasa kecil.

Sila ambik perhatian; aku maksudkan Panggung Wayang bukannya Tempat Latihan Snuker.




Kerjaya baru atau bila pencen nanti



Kemungkinan besar aku akan jadi Penulis Petisyen, Pencari Orang (dan kenderaan) Hilang serta Pemandu (Penasihat) Pelancong

(Kita dikejutkan dengan kanak-kanak Muhammad Nazrin bin Shamsul Ghazali (Yin), hilang tetapi selamat dijumpai semula. Bagaimanapun kehilangan Nurin Jazlin bt. Jazmin berakhir dengan penemuan mayat yang trajedis. Di mana pula Sharlinie bt. Mohd Nashar dan terbaru Mohammad Asmawi bin Jajaluddin? Diculik?)

Siratan sebelum ini pasai Catherine (Yow Ah Choy) lari dari rumahnya di Bukit Kiara Selangor semasa berumur 15 tahun (tahun 1943). Dia yang aku kenali melalui internet kembali ke Malaysia pada tahun 2004 untuk menjejak saudara-maranya. Walaupun gagal berjumpa adik-beradiknya, kepulangan itu terubat juga dengan penemuan beberapa jiran dan rakannya di Taiping.

Selain dari Catherine, aku juga “menyibuk” membantu beberapa veteran askar British yang pernah berkhidmat di Malaysia (sekitar 50an) dengan menemukan mereka ke tempat-tempat yang pernah mereka pergi semasa berkhidmat di Malaysia dahulu.

Antaranya mendiang Joe Glover yang menetapkan setiap dua tahun akan kembali ke Malaysia. Dia akan tinggal dua, tiga minggu di sebuah hotel di Penang dan akan datang berjumpa aku dan keluarga di Taiping, di samping mengajak aku dan keluarga bercuti di beberapa tempat di Malaysia.

Kesemua mereka ini mengenali aku melalui sebuah forum internet berkaitan dengan Bandar Taiping.

Mendiang Joe Glover sepatutnya datang lagi pada penghujung 2006 tetapi ajal menjemputnya lebih awal pada 24 Mei 2006. Antara hasratnya yang tidak kecapaian ialah ingin berjumpa dengan seorang kanak-kanak India yang banyak menolong mereka sebagai ”handy boy” pada akhir 50an. Kanak-kanak tersebut hanya dikenali sebagai ”Chocolate”. Sebagai seorang yang agak rapat dengannya, Joe Glover menghadiahkan aku dalam jumlah yang banyak photo-photo kenangan yang diambilnya semasa bertugas di Malaysia dahulu terutama di Taiping.

Ini bermakna bukan sahaja aku boleh cari orang, pemandu pelancong pun boleh!

Di samping itu aku juga ”menyibuk” diri membantu rakan-rakan yang di-black-listed-kan oleh institusi kewangan kerana menjadi penjamin dengan mencari orang yang mereka jamin.
Adalah ”rahsianya” bagaimana aku dapat cari peminjam-peminjam ini! Along? Tak, aku tak pakai Along! Dan Along pun tak pernah pakai khidmat aku. Hanya rakan-rakan sekerja.

Kerjaya lain, Penulis Petisyen.

Mungkin kerana ”kaki menyibuk” juga, semasa aku di kilang (mana-mana kilangpun), aku mesti jadi ”Penulis Petisyen” tak berupah duit (kalau teh tarik itu adalah!). Pelanggan-pelanggan aku dari serendah-rendah jawatan tukang sapu, operator kilang hinggalah pangkat menager! Yang tak minta tolong secara formal ialah CEO itupun dia pernah minta aku draft surat peribadi minta diskaun saman polis dia yang ada 9 keping!

Biasanya dia orang minta tolong aku buat surat sokongan nak minta kerja tempat lain (ini boss akulah mula, dia sign walaupun dia bukan HR Manager!). Ada juga minta surat pengesahan gaji (ini kes nak tipu gaji rendah sebab nak apply buku pinjaman!). Setakat ini surat nak kahwin dua sahaja yang belum pernah aku buat.

Aku rasa bila pencen nanti aku nak cari mana-mana meja bawah pokok depan pejabat kerajaan di Taiping itu. Sambil baca surat khabar atau sambil tulis blog boleh cari makan jadi Penulis Petisyen ini.

Kerjaya lain, Pencari Kenderaan Hilang.

Ini akan aku cerita di lain kali. Rekod terbaik aku (akhir 90an) ialah berjaya mendapatkan semula Suzuki Katana 750 cc kepunyaan Raymond (nama sebenar Abdul Rahman), yang berlakon dalam filem Azura (dia berlakon dengan Katananya juga!)

lukmanw@gmail.com
Caption photo;
Gambar adalah Menara Jam di Bandar Taiping. Wanita di sebelah Joe Glover adalah isterinya, Pat.

Tuesday, March 25, 2008

Ofis aku dan meja chetiar



Selain bilik pejabat aku di Sintuk, aku ada ofis di rumah di Taiping. Ofis ini adalah ofis motorsports cum bilik study kongsi ofis orang rumah aku yang jadi stokis R-Zac Hajah Kay yang glamour itu (sepupu diapun!).

Macamanapun ofis sebenar aku ialah depan tv di ruang tamu. Dulu aku duduk dengan perut! (Kata orang rumah aku sebab aku suka meniarap sambil buat kerja dengan laptop). Kini aku duduk dengan punggung balik sebab aku sudah beli tiga “meja chetiar”. Di Taiping, satu aku punya dan satu lagi anak aku punya. Satu lagi aku simpan rumah bujang aku di Changlung. Aku beli di Mydin Penang. Harganya murah kalau dibandingkan di Taiping.

Meja chetiar ini syok betul gunanya. Nak menaip laptop pun sedap. Nak menulis pun sedap. Kalau makan minum sambil buat kerja lagi sedap! Boring-boring buat meja karom pun jadi.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Monday, March 24, 2008

Mak Mertua aku Anita Sarawak!


Semasa menonton bersama-sama Berita TV3 sebentar tadi, orang rumah aku menyua majalah Astroview keluaran terbaru April 2008.

”Boleh abang bayangkan muka mak macam Anita Sarawak tak?”

”Kenapa pula?”, tanya aku.

”Anita Sarawak sebaya dengan mak (mak mertua aku lahir tahun 1951) tapi tengok kulit muka dia tak ada kendur pun. Mak pula dah berkedut, jalan pun dah tak larat.”

Aku cuba bayangkan mak mertua aku macam Anita Sarawak. Itu tak ada masalah! Senang saja aku bayangkan.

Tetapi yang aku tak boleh bayangkan jika Anita Sarawak itu adalah mak mertua aku!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecillorangbesar.blogspot.com/

Ayat Standard Cikgu Sekolah


Malam semalam aku sampai rumah hampir jam 9 malam. Sepanjang perjalanan dari KL hujan lebat. Lepas mandi aku aku check beg sekolah anak aku.

”Ayah, ini ada teka-teki”

”OK, ayah ready ni!”

”Ada satu helikopter tu bawa 20 orang budak-budak sekolah. Cikgu dia tak naik. Budak-budak tu main polis-sentri (kejar-kejar) dalam helikopter tu sampai bergoyang-goyang badan helikopter. Pembantu pilot suruh diam tapi sapapun tak mahu diam. Macamana nak bagi budak-budak ni dok diam?”

”Pilot tu buat stunt kut!

”Salah!”

”Jadi dia buat macamana?”

”Ada seorang budak tu pergi bisik kat pembantu pilot dan lepas tu pembantu pilot tu cakap sesuatu kat semua budak-budak dan semuanya dok diam.”

”Dia cakap apa?”

”Kanak-kanak semua! Kalau kamu nak main juga, pergi main kat luar!”

Rupa-rupa ayat standard cikgu sekolah dia orang.

(Ada yang tak faham?”)

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Mei ada Mei?


Rasanya kejadian ini berlaku dalam minggu pertama perkahwinan aku dengan orang rumah aku (takkan dengan orang lain kot!)

Suatu malam itu aku ke Pasar Malam. Baliknya orang rumah marah-marah dan komplen ada orang salah nombor telefon dua, tiga kali.

Aku ambil telefon dan check ”received call”. Ini nombor biasa yang aku terima tapi tak ingat siapa dia, terus aku call balik.

“Helo”

“Helo, mu ka Mei?. Kawe call dua, tiga kale nombor ni tapi gewei hok angket telepon ni tak kene demo”

Aku gelak-berdekah macam nak keluar air mata dan isi perut.

Rupa-rupanya sepupu aku di Kelantan telefon nak cakap dengan Mei (Man). Jadi orang rumah aku marah-marahlah mana ada Mei dalam rumah ini.

Kalau di kampung tok aku di Kelantan tu, aku dikenali sebagai Mei ataupun Lukmei

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Rezeki Rimau dan Cuci Calat


(Aku siratkan bahasa orang kita dan dahulu sebelumnya menjadi beku)

Hari ini meja rumah aku penuh dengan tupperware-tupperware Mak Yah-Mak Yah (mak aku nama Mak Yah, Norliah Bt. Hamid dan hendak dijadikan cerita, mak mertua aku juga Mak Yah, Rodiah Bt. Hamad). Betul-betul ”rezeki rimau”.

Mak aku bagi Sambal Tumis Ikan Bilis, Ikan Goreng 3 ekor (selangat, kedera dan kayu), Sayur Tauge, Kucai dan Tahu Goreng Kicap, Sambal Belacan, Ulam Pegaga, Ulam Betik Muda Rebus Dengan Kobis (untuk aku sebab aku tak makan pegaga), Nasi Puteh dan Pencuci Mulut, Betik Masak.

Dari Mak Mentua aku pula, Sambal Tumis Sotong, Udang Goreng Kunyit, Sambal Tahu. Ini kira sedikit kalau tidak mahu lima, enam mata!

Kadang-kadang penuh meja! Kadang-kadang dua, tiga hari kami sekeluarga dengan nasi bungkus sahaja. Aku penah cadangkan kepada orang rumah agar buat jadual supaya tak bertindih dua-dua mak hendak bagi makanan!

Inilah keuntungannya kalau rumah berdekatan dengan mak sendiri dan mak mertua.

Mula-mula dulu sebelum kahwin rimas juga sebab sat-sat kena panggil pergi makan tengah hari atau malam. Selepas setahun aku laki bini buat syor ”tapau” sajalah sebab alasan sibuk nak ambik anaklah, kena balik ofis la dan sebagainya. Semuanya alasan yang boleh direka.

Pernah berkeluh-kesah juga aku laki bini sebab kamilah yang akan dihubungi kalau ada apa-apa ataupun kalau hendak ke mana-mana. Selepas tiga tahun lepas aku mula kerja di Kulim, Ipoh dan kemudiannya di Sintok sekarang ini, orang rumah aku lah yang akan jadi pilot untuk mak mertua dan mak aku kalau ada saudara atau jiran yang sakit mati. Kalau kenduri kendara itu boleh juga tunggu aku di hari minggu. Tapi kalau aku ada kelas ataupun acara motorsport nampaknya tak merasalah mereka nasi kenduri. Tapi kalau dibandingkan dengan dengan hal-hal lain keberuntungannya masih memihak kepada kami.

Semalam orang rumah aku cerita mak aku sudah kias-kias durian sudah berbunga di kebun ”sekangkang kera” di kampung Batu Kurau. Maksudnya itu hendak mengajak orang rumah aku balik mengutip buahlah.

Sebut pasai kutip durian ini, orang rumah selalu komplen kat aku.

”Abang ni kalau masuk hutan bukan sahaja di Taman Negara dan Hutan Belum, sampai ke China dan Tibet pun dah pergi sampai berminggu berbulan. Tapi mak ajak balik kutip durian sekerat hari pun tak mahu!”

Aku bukan tak nak pergi tapi durian ni banyak sangat pantangnya. Bapak aku kencing manis, mak mertua aku darah tinggi. Kalau bawa balik, seulas dua mesti dia orang nak makan.

Hari ini makan tengahari banyak berlebih. Boleh makan sekali lagi berulang sebelah malam. Kadang-kadang ”cuci calat”, tak bersisa langsung. Kalau Ikan Keli Goreng, belah kepala dipepah habis oleh orang rumah, belah tengah dek anak dan belah ekor bahagian aku.

Mak aku pula sentiasa dengan ideologi ”keadilan” nya.

Dia tahu aku tak makan Ulam Pegaga, dia akan rebus Betik Muda. Kalau dia buat Nasi Dagang dengan Gulai Ikan Aya, makanan asasi tok aku di Kelantan, dia mesti masak nasi puteh dengan satu lauk lain sebab dia tahu menantu dia Anak Mami Celup tu tak ”berahi” Nasi Dagang. Sayang menantu perempuan seoranglah katakan.

Anak jantan aku seorang tu berdarah Che Siti Wan Kembang dan juga berdarah ”Anak Mami Kampung Rawa Penang”. Nasi Dagang dia bukan sahaja sapu licin tapi siap minta tambah. Pada masa yang sama Roti Canai Kuah Dalca Banjir dan Nasi Kandar Kari Kuah Lebih pun ”cuci calat”.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Tapir, haiwan gabungan Kuda dan Badak Sumatera


Rupa-rupanya Tapir adalah sejenis haiwan dari spesis Rhinoceros sondaicus, iaitu gabungan dari Kuda dan Badak Sumatera. Di mana kepala dan telinganya menyerupai Kuda. Manakala tapak kaki dan badannya menyerupai Badak Sumatera. Inilah yang aku belajar dari Majalah Tiga, TV3 malam semalam.

Tertanya juga aku, kalau gabungan dari kuda dan badak sumatera, mengapa tidak dinamakan sahaja haiwan ini kuba ataupun kubasu! Baku atau Basuku pun boleh!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Hubungan antara manusia & buah-buahan


Berikut adalah dari email yang dikirim seorang kenalan yang hanya dikenali melalui mailing list group yang aku subscribe. Sayugia diingatkan nama-nama buah yang dinyatakan tidak ada kena mengena dengan mana-mana buah yang muda, mekar, masak atau ranum ataupun yang ditebuk tupai terutama buah yang disebut paling akhir itu.

Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.


Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.


Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

Menjadi banyak manfaat
Jadilah seperti buah dada.
Kerana selain bermanfaat sebagai sumber tumbesaran buat anak, ia mampu menjadi alat rekreasi buat bapaknya juga

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Di sebaliknya gelagat insan golongan istimewa


Berita TV3 malam semalam diakhiri dengan gelagat insan istimewa, kanak-kanak di sebuah sekolah khas di ibukota.

Ini mengingatkan aku minggu lepas apabila Makcik B, menceritakan bagaimana anaknya yang juga insan golongan istimewa ini menyertai acara sukan peringkat negeri ala-ala para-olimpik di mana semua pesertanya terdiri dari golongan istimewa.

Anak Makcik B berjaya masuk ke peringkat akhir olahraga acara 200 meter. Hendak dijadikan cerita semasa beraksi, anak Makcik B berjaya mendahulu peserta-peserta yang lain tetapi dia berhenti seketika mungkin keletihan. Entah mengapa peserta-peserta lain juga turut berhenti!

Walaupun disorak oleh penghujung lain agar meneruskan larian, semua peserta-peserta acara 200 meter itu hanya tersenyum sesama sendiri.

Apabila anak Makcik B meneruskan larian, barulah peserta-peserta lain juga meneruskan larian masing-masing.

Apa yang sebenarnya terjadi?

Di sebalik gelak ketawa para penghujung menyangkakan insan golongan istimewa ini tidak mengerti apa maksud perlumbaan, Makcik B diberitahu oleh seorang kaunselor yang bertugas bahawa insan golongan istimewa ini amat mementingkan kesetiaan dan keadilan. Mereka berhenti berlumba kerana tidak mahu menang semata-mata kerana mereka berlumba dengan persaing yang keletihan. Disebabkan itu mereka sanggup menunggu sehingga persaing mereka pulih dan mereka bersama-sama kembali berlumba.

Ini mengingatkan aku semasa berpeluang menyaksikan sukaneka di sebuah pusat permulihan hospital terencat akal di Ipoh. Kecoh dan lucu apabila pemenang pertama dalam satu acara tidak mahu hadiah tempat pertama sebaliknya mahukan hadiah tempat kedua. Mungkin juga pemenang ini sedar walaupun dia menang tetapi pemenang tempat kedua yang sepatutnya layak bergelar juara.

Jadi sebelum anda gelakkan atau senyum sinis melihat gelagat insan golongan istimewa ini, fikirkanlah apa maksud mereka sebenarnya.

(Nota tambahan: sebagai seorang yang pernah terlibat dalam pendidikan dan penjagaan kanak-kanak insan istimewa ini di awal 90an di Sek Keb. KE, Taiping, saya sering menyarankan ibubapa kepada kanak-kanak insan istimewa ini menonton filem yang bertajuk Forest Gump lakonan Tom Hanks sebagai kanak-kanan insan istimewa yang kemudiannya membesar sebagai tokoh penting dalam sejarah Amerika)

Sekadar berkongsi satu cerita yang entah benar ataupun tidak.

Di sebuah hospital terencat akan, dalam satu temuduga untuk pengesahan sembuh pesakit terencat akal, pakar-pakar penemuduga telah membuat satu ujian kepada tiga orang pesakit yang telah menjalani permulihan untuk tempoh yang agak lama.

Ujiannya agak mudah iaitu penemuduga memadamkan kesemua lampu di dalam bilik dan meminta pembantu perubatan menyalakan lampu suluh dengan menghala suluhan ke siling. Kemudian mereka meminta pesakit (seorang demi seorang) agar memanjat cahaya yang disuluhkan itu.

Pesakit pertama cuba memanjat tetapi gagal kerana tidak dapat ”memegang” cahaya yang disuluhkan itu. Begitu juga pesakit kedua. Tetapi pesakit ketiga enggan memanjat apabila disuruh beberapa kali.

Pakar-pakar penemuduga bersetuju untuk mengesahkan pesakit ketiga telah sembuh sepenuhnya dan beliau boleh dibebaskan.

Pada hari terakhir pesakit ketiga hendak keluar, beliau terserempak dengan pembantu perubatan yang menyalakan lampu suluh itu. Maka terjadi perbualan berikut;

Pembantu Perubatan (PP): ”Hari itu masa saya nyalakan lampu mengapa awak tak panjat?”

Pesakit Ketiga (P3): ”Awak ingat saya gila ke nak panjat cahaya.”

PP: (dalam hati) Sahlah dia ini sudah sembuh!

P3: ”Saya tahu kalau saya panjat hari itu, awak akan padamkan lampu suluh itu, sudah pasti saya jatuhkan!”

PP: ?????

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Friday, March 21, 2008

Persaingan sihat?


Mula-mula ramai tak percaya dan ada juga bantah bila hyper market nak dibina di Taiping akhir tahun lepas. Berbagai alasan diberi. Macamanapun setelah siap dibina dan beroperasi, kedua-dua hyper market Tesco dan Giant ini tetap menjadi tumpuan ramai. Adik beradik aku dan orang rumah aku yang duduk di KL dan bandar besar yang lain pun mesti pergi hyper market ini bila balik Taiping. Macamlah hyper market di Taiping ini berbeza produknya di tempat dia orang.

(Akupun kalau pergi KL kadang-kadang pergi juga Tesco atau Giant ini di sana!)

Keluarga aku suka pergi Tesco Taiping terutama hari hujan. Parking tak kena air hujan dan food court dia banyak pilihan. Giant Taiping masih dengan konsep open parking di mana-mana lokasipun. Tapi Mak Mertua aku tetap pilih Giant sebab dia gayat naik lift atau escalator!

Mula-mula naik signboard arrow ke Tesco, biasalah itu. Tiba-tiba Giant naik pula signboard U-turn ke Giant dengan lokasi dekat Tesco.

Tesco pula balas dengan signboard U-turn ke Tesco dengan lokasi dekat Giant dan lagi besar signboard ini.

Signboard arrow hendak menunjuk tempat. Tapi signboard U-turn macam hendak cari gaduh saja!

Agaknya kalau tauke-tauke pam minyak pula berebut pasang signboard U-turn ini, maka akan penuhlah signboard-signboard U-turn di atas jalan raya.

lukmanw@gmail.com

Thursday, March 20, 2008

Ada sapa-sapa kerja Tukang Tarik Kereta?


Aku nak minta tolong sikit. Tapi bukan nak tolong tarik kereta kat atas jalan. Kalau sapa-sapa terjumpa model kereta Land Rover Defender 110 Twin Cabin tolong beritahu aku. Aku hendak pergi tarik kereta itu.

Setakat ini aku sudah tarik sebiji model plastik di Maju Junction (warna merah), KL dan sebiji lagi model cast-iron di Giant, Manjung (warna puteh). Kedua-dua tempat inipun tinggal sebiji sahaja last!

Jadi kalau ada sapa-sapa yang terjumpa, tak kira model yang sama ataupun ada satu lagi model yang telanjang belakang (gambar kecil warna kuning) tolong beritahu aku. Boleh aku pergi tarik.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Sudah tak pakai dawai kokot!




Aku paling benci kalau jumpa dawai kokot diketipkan pada plastik. Lagi benci kalau diketipkan pada daun pisang pembalut Pulut Udang. (Rujuk http://thejourney.uum.weblog.uum.edu.my/).

Semalam balik dari Sintok, aku singgah di R&R Juru. Macam biasa lepas sholat, aku perkena Pasembur. Aku order seketul cucur udang dan seketul tauhu, dan kuah asing.

Sebab apa kuah asing sebab nak banyak. Tok Guru aku dalam bab makan-memakan ini (aruah Mejar Adnan, semasa kerja kilang tayar dulu) banyak perturun ilmu.

Aruah semasa hidupnya pesan kalau hendak kuah lebih, jangan order kuah campur, order kuah asing. Kalau beli bungkus pula, order dua bungkus! Contohnya, kalau hendak beli Roti Canai 2 keping, beli asing 1 keping, 1 keping. Sudah tentu dapat kuah 2 bungkus.

Aruah juga pesan kalau perkena Cendol campur Pulut (biasanya di Gerai Cendol terkenal di Taiping, Cendol Ansyari, dekat Restoran Bismillah), order Cendol dulu dan selepas minum sesudu dua baru minta Pulut Panggang kat mamak tauke Cendol tu.

Kalau order siap-siap Cendol dengan Pulut, sudah tentu dapat isi Cendol kurang sebab isi pulut sudah ambil tempat dalam cawan Cendol itu. Betul juga dan bijak betul aruah Tok Guru aku ini!

OK, masuk bab dawai kokot balik.

Lepas makan cucur udang dan tauhu, mulut aku rasa nak makan buah pula. Mempelam kesukaan tak ada, cuma jambu batu aja. Keliling peti buah itu aku cari botol serbuk asam masin tapi tak jumpa.

”Ada kat dalam tu!”, kata penjual buah sambil tunjuk dalam plastik jambu.

Rupa-rupanya serbuk asam masin sudah di-pek-kan dalam plastik kecil ”zipper bag”. Kalau pakai dawai kokot sudah tentu aku buang sahaja plastik kecil itu.

Banyak-banyak tempat Pasar Malam yang aku pergi, di Kulimlah semua kuah kicap dan kuah cabai untuk Nasi Ayam atau Beehun Sup di-pek-kan dalam plastik kecil ”zipper bag” ini. Malah di Taman Selasih, Kulim ada sebuah kedai yang jual barangan plastik ada jual pelbagai saiz kecil-besar plastik ”zipper bag” ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Kuah Mau Lebih


Seperti biasa, menu pagi cuti tak ke mana di rumah aku hari ini ialah;

3 keping Roti Canai Garing Warung Basir Medan Kamunting
Kuah Parpu Lebih (kena kaut semua kentang, kacang panjang, karot, terung)
Sambal Tumis (mesti banyak ikan bilis)
1 keping Tose Tak Mahu Garing

Roti Canai, anak aku boleh makan 2 keping sekali hadap. Betul-betul macam Tok Wan dia (bapa aku) walaupun doktor dah pesan; nak makan apa pun boleh tapi tak boleh banyak!

Aku kongsi sebelah keping Roti Canai dengan orang rumah. Tose pun kerat dua tapi jadi masalah pula sebab aku suka Tose Garing, orang rumah lak suka Tose Tak Garing, hanya yang puteh melepak!

Kuah mesti lebih sebab itu biasanya aku ceduk sendiri macam self-service. Kalau tidak, mesti tak cukup.

Teringat member aku Amir Zaki, dulu IE Engineer di kilang tayar. La ni jadi tauke company NDT sub kontraktor kat syarikat minyak. Kalau perkena Roti Canai, dia mesti sound kat budak yang hantar kuah.

”Apasai sikit?, Kuah campur air pun kedekut tak bubuh banyak!”

Kalau tauke Beehun Sup Stesen Keretapi Taiping (gerai tepi sekali belah malam) mesti tahu citarasa aku.

”Kuah Sup lebih macam biasa?” Tanya dia kalau aku beli Beehun Sup atau Nasi Ayam

”Mesti lebih! Hari itu beli, Beehun pun tak tengelam!”, balas aku.

Tauke Beehun Sup yang pakai Serena baru ini sudah buka cawangan siang di Kamunting. Restorannya dekat Yawata, Kamunting (sudah tutup) sebaris dengan Kedai Motor Adik Beradik Sham Wallat, yang kini tengah top di Malaysia sebagai pelumba cubchai.

Balik pasai Roti Canai, mak aku dan orang rumah akulah orang yang paling seronok bila dengar mamak-mamak restoran hendak mogok buat Roti Canai tak berapa lama dulu. Tak payahlah beli hari-hari! Tapi tak jadi juga mogok itu.

Kejab tadi aku saja telefon mak aku.

”Pak macamana hari ini, mak?”

”Macam tu lah, nasi tak berapa lalu tapi Roti Canai pagi tadi boleh pi dua keping!”

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Caption photo;
1. Pinggan aku; sebelah keping Roti Canai, sebelah keping Tose.
2. Pinggan anak aku, 2 keping Roti Canai
3. Pinggan orang rumah aku
4. Kuah Parpu Dal lebih
5. Sambal Tumis mesti ikan bilis lebih
6. Milo anak aku
7. Sudu besi kegemaran aku (shape hujungnya senang ceduk!)

Wednesday, March 19, 2008

Terpaksa ditangguhkan (kenapa tak batal sahaja!)


Masa tengak berkemas-kemas nak balik Taiping hari ini (esok cuti Maulud dan lusa Jumaat cuti di Kedah ni), aku check email untuk kali terakhir. Ada satu email itu berbunyi;

”Oleh kerana sambutan kurang mengalakkan, pertandingan nasyid sempena Maulud Nabi ditangguh ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak”.

Teringat aku pada satu email sebelum ini;

”Oleh kerana sambutan yang amat mengalakkan, pertandingan nyanyian (blah, blah...), pihak penganjur (blah, blah ....) akan mengadakan acara saringan terlebih dahulu."

Aku tak mahu komen apa-apa. Aku pernah kena disuruh menyanyi dalam satu majlis kilang. Nasib baik masa itu kerani aku (perempuan) setuju. Jadi kami nyanyilah lagu; Rasa Sayang Yeh!

Aku pernah masuk nasyid masa darjah 4 di Port Dickson tahun 1977. Kalau aku serius dalam nasyid ini agak-agak boleh challenge Raihan tak? Kurang-kurangpun aku boleh jadi bekas penyanyi nasyid yang buka baju tu!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Che Ti mati lagi


Che Ti mati lagi (Orang rumah aku panggil Che Ti)

Malam ahad lepas henpon aku bunyi, tet, tet. ”Sapa lak tu bang?”, tanya orang rumah aku. Dia cukup “prihatin” kalau hendpun bunyi ataupun sms. Kalau aku bawa kereta mesti dia tolong baca sms.

(Aku belum lagi masuk spesis bawa henpon masuk jamban!)

Rupa-rupanya member sebilik (ops!), member serumah bujang di Changlung hantar SMS. Ringkas sahaja;

“Bang, ada tikus mati lagi. Kali ini depan tv. Esok kalau abang balik bawa serbuk sabun’’.

Sebenarnya ini kali ketiga tikus mati dalam rumah bujang (rumah sewa) aku itu. Sebelum ini mati dalam jamban dengan kepalanya lentok macam nak minum air mangkuk jamban itu.

Kali kedua lagi trajedis! Mati dalam tempat bateri motosikal Suzuki RG member serumah. Apalah punya bodoh tikus itu! Apasai mahu selit ”hara-kiri” menyelinap dalam tempat bateri yang sempit tu!

Yang terbaru ini mati depan tv, agaknya terkejut tengok keputusan pilihanraya kut. Aku cakap macam tu sebab aku dan member serumah tak balik-balik rumah itu semenjak 5 Mac lagi, sehinggalah ahad lepas.

Sebelum ini aku ada pasang niat nak bunuh tikus ini. Nak beli jerat, aku pula tak sanggup katok tikus hidup (sentimental juga aku rupanya!). Jadi aku cadang nak beli racun sahaja. Tak sempat beli racun, sudah tiga ekor tikus yang mati dalam rumah sewa aku ini.

Aku agaklah, jiran aku yang bubuh racun ini. Nak tanya jiran, segan sebab jiran aku itu anak-anak dara! Menyewa sudah hampir setahun tapi tak pernah menegur-sapa. Itulah hidup orang kota. Jiran sebelah dindingpun tak kenal. Kalau mak aku tahu tentu dia marah sebab jiran pun tak kenal. Tapi orang rumah aku lagi marah kalau aku kenal rapat dengan jiran aku ini!

Sebenarnya pagi tadi aku terima email dari mailing list yang aku suscribed. Emailnya seperti di bawah. La ni senang sahaja. Ada apa-apa problem hantar kat mailing list, cepat sahaja yang balas. Terutama yang kerjanya hanya menghadap komputer. (Aku kata kat aku ka?)

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tiga email berikut disiarkan tanpa edit. Cuma nama sebenar ditukar, manalah tahu dia orang saman 10 juta nanti.


Date: Wed, 19 Mar 2008 11:09:28 +0800
From: "engineer kilang merangkap tauke pasar malam"

Rumah aku dulu banyak tikus...merata tikus; kadang2 mai tgh dok makan, anak-anak aku terutamanya hat pompuan tu pakat lari lintang pukang...tikus mondok besar lengan ceroi ja masuk dlm rumah sup sap sup sap lalu celah celah kaki depa terus pi masuk bawah tangga. Aku dah try mcm2 racun tikus dll semuanya x menjadi.

Last-last sekali, aku bela kucin, aku pi kutip anak2 kucin yg org buang kat market tu....bila ada kucin, bukan kata tikus...ulaq pun x berani mai dekat dah. Sekali tu kami anak beranak dok dlm rumah, tengok dari jauh ja x berani pi dekat 3 ekoq anak2 kucin dok lawan dengan si Tedung, last2 lari macam tu saja si Tedung yg gagah perkasa tu.

Depan rumah aku ada kolam ikan karp; org kata kalau ada kolan ikan sure ada ulaq dok mai tepi2 tu dok cari katak nak makan...sebab tu ada ulaq mai; tapi dgn adanya kucin-kucin tu, bukan kata ulaq ka tikus ka....katak pun x berani mai dekat.

So, cuba try bela kucin....musuh tradisi tikus.

wsl

engineer kilang merangkap tauke pasar malam


Date: Wed, 19 Mar 2008 10:14:32 +0800
From: "aku”
lukmanw@gmail.com


Kawan aku


Kat depan Balai Polis Kmtg/Tmn Kmtg Bistari tepi jalan tu ada pokok yang buah dia macam apple tu. Hang ambil buah dua, tiga biji bubuh dlm kedai. Ada member cakap kalau hang racik (cincang-cincang) buah tu lagi bagus. Jangan lak hang makan (atau anak hang) makan buah mcm apple ini.


(Baby apa khabar? Tak dan nak pi tengok!)


Ada juga member sorang lagi habag - bubuh minyak gas! Aku tanya dia balik bubuh kat mana? Dia jawab bubuh kat mana-mana pun lepas tu nyala api, mesti habis lari tikus-tikus tu dengan orang-orang sekali.


Lukman


kawan aku
Date: Wed, 19 Mar 2008 1:12:22 +0800
From: "kawan aku”


Assalamualaikum..................
Mintak tolong expert2 @ otai2 dalam group nie...............Macam mana nak halau TIKUS @ membasmi TIKUS..........Kat kedai sayua di Kamunting, Taiping ada banyak tikus disebabkan ada sebuah kedai runcit yang memang dok jadi port dia mendapatkan makanan............nak taruh ubat tikus kesian kat member kedai sebelah menyebelah...........yang tak tahannya, hari2 kena sapu taik tikus ngan au hancing air kencing dia........tang taik dia tue tak heran sangat.....ambik penyapu then sapu habis laaa api kencingnya tak tahan..................bau satu kedai .........kedai saya pulak melibatkan servis untuk engguna..............bila customer dating ada aroma yang tak menyenangkan ..so saya mintak tolong kengkawan semua kot2 ada petua @ pandangan yang boleh mencegahnya............


Bang (…..)


Kot kampong Dew tak ada kaa orang kampong amalkan petua membasmi tikus......kalau kat bendang confirm bubuh racun jee kan.....


Yang Pening,


Kawan aku

30 tahun menunggu saat ini


Ketika anak bujang aku tu mula boleh berjalan dengan gaya ala komando (merangkak la!), dia mempunyai hobi ”gatal tangan”. Habis semua dinding rumah aku dicontengnya. Nasib baik rumah sewa! Tak cukup dinding, pintu bilik, lantai malah tv pun dicontengnya.

Orang ramah marah-marah. Ada ketikanya dia hendak jentik tangan anak bujang aku tu (anak kami la!). Aku kata, jangan! Sudah lebih 30 tahun abang tunggu saat-saat ini.

Bagi aku kalau anak seawal tiga, empat tahun menconteng dinding itu perkara biasa. Kalau umur belum setahun tapi pandai menconteng itu luar biasa. Kalau sudah sekolah tapi masih menconteng itu ”luar kebiasaan”!

Tapi gambar di atas, anak aku lukis di papan puteh dalam pejabat aku.

Berikut siratan yang hampir sama.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Realiti kehidupan

Disiratkan asal pada 4-Mar-2008,
http://thejourney.weblog.uum.edu.my/

Semasa saya mengikuti Kursus Program Pensijilan Pengajaran dan Pembelajaran IPT untuk tujuan pengesahan jawatan saya pada bulan Disember lalu, antara tajuk kursus ialah ”Kemahiran Kaunseling” dan “Psikologi Pengajaran dan Pembelajaran Di IPT”.

Tenaga pengajar yang terlibat menyarankan agar para peserta supaya meminta anak masing-masing melukis gambaran perhubungan sesama ahli keluarga, keadaan rumah dan persekitaran. Saranan ini juga berdasarkan suatu kajian yang telah dibuat oleh sebuah universiti di Indonesia di mana terdapat pelajar-pelajar dari UUM yang mengikuti kajian psikologi di sana.

Apa yang dilukis oleh anak-anak ini akan mengambarkan ciri-ciri permahaman mereka terhadap “keeratan” atau “kelonggaran” perhubungan sesama ahli keluarga, kemesraan dan keharmonian semasa di rumah dan di persekitaran.

Mengikut kajian (seperti yang dibuat), kemesraan dan keharmonian yang digambarkan dalam lukisan adalah realiti kehidupan sebenar yang dialami (dan dikehendaki) oleh anak-anak ini.

Ibubapa perlu berbuat sesuatu jika anak mereka melukis kedudukan ahli keluarga yang tidak setempat (berada jauh di antara satu sama lain), persekitaran yang tidak ada matahari dan mimik muka yang bersedih.

Lukisan yang di atas telah dilukis oleh anak lelaki saya, dan saya pasti (setakat ini) itulah kemesraan dan keharmonian kami tiga beranak. Semoga kemesraan dan keharmonian ini berkekalan. Insya-Allah. Amin.

lukmanw@uum.edu.my
http://thejourney.weblog.uum.edu.my

Tuesday, March 18, 2008

Ais Kacang Pasar Malam Hua Hin


Banyak-banyak Ais Kacang di dunia ini (setakat yang pernah aku jelajah la!) tak boleh lawan Hua Hin (200 km sebelum Bangkok) dekat Chaam. Kalau aku pergi China seboleh-bolehnya aku tak nak masuk Bangkok. Trafik gila babi! Habislah dua, tiga ratus bath upah Mat Motor Siam nak tunjuk jalan keluar! Aku selalu singgah Hua Hin. Banyak hotel “Bed & Breakfast” kat sini. Hotel kat Stesen Keretapi tu pun ok juga. Kalau pergi dengan kaki golf dia orang suka lepak kat sini. Katanya “lubang golf” yang tertua. Itu aku tak tahu, aku bukan kaki golf, otak golf (golongan orang lemah fikiran) jauh sekali!

Rasa-rasanya dah dekat 10 kali aku makan Ais Kacang sini. Pergi dengan 4x4 pun pernah, pergi dengan motor besar dan kecik pun pernah, pergi dengan kereta penumpang pun pernah. Hairannya dengan kapalterbang tak pernah, keretapi teringin pergi tapi masih tak berpeluang lagi.

Ais Kacang kat sini ada dua gerai di depan sekali. Semangkuk 10 bath sahaja tapi dia tulis 10 urn aku tak tahu apa dia. 10 hun aku tahu lah!. Dia bagi mangkuk kosong self-service dan kita ceduk apa yang boleh dalam mangkuk itu, ala-ala salad Pizza Hut.

Ramuannya macam-macam ada. Kurma, kismis dan kacang ini berjenis-jenis. Lengkong dan sagu beraneka warna. Yang paling best Sira Pisang, makanan asasi tok aku di Kelantan pun ada. Ceduk sahajalah. Tambah ramuan tak boleh tapi aku minta tambah ais mesin dan gula hitam, amoi Siam tu bagi.

Ais Kacang Sow Tau Lane di Penang pun tak boleh challenge kat sini.

Lepas perkena Ais Kacang, aku selalunya beli “Ayam Merah” yang puak Muslim Siam jual. Lepas itu aku balik tidur. Ada juga member-member lain pergi cari ayam kat kawasan “merah”.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Pasar Malam, Pasar Hari dan Pasar Minggu


Pasar Malam, Pasar Hari dan Pasar Minggu

Pasar Malam di waktu malam
Pasar Hari di waktu siang
Pasar Minggu hanya di hari minggu

Pasar Malam dan Pasar Hari tak kira hari dan tempat
Sekarang ada Pasar Awal Pagi ataupun Uptown (downtown ada ka?, pekan kecil makanan murah di Downtown Putrajaya ada la!)

Ada satu lagi Pasar Lambak (Flea Market), yang famous di Lorong Kulit (Rope Walk), Penang dan di Jalan Horley Ipoh (Down Memory Lane). Kalau komersial di PJ Mall.

Ada juga teringin nak buat blog spesial pasar-pasar ini tapi masih tak berkesempatan.

Teringat masa kerja kilang dulu ada member panggil Pasar Malam ini "Super Malam" (alternatif kepada Supermarket). Elok habis syif 7 malam atau 11 malam boleh singgah beli kudapan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Caption photo;
Photo atas ialah Pasar Minggu di Kamunting dekat rumah aku. Tapak ini juga berkongsi dengan Pasar Malam (hari Rabu, Khamis dan Sabtu) serta Pasar Tani (pagi Sabtu).
Photo kedua ialah Pasar Minggu di Dali, China. Panas terik tapi angin sejuk! Orang rumah pesan beli kain sutera tapi aku bawa balik mainan 2 kotak besar tv, kasut sukan branded 10 pasang dan kuaci mentah (bunga matahari) setengah guni.

Plihan saya, pilihan isteri saya, pilihan anak saya dan pilihan kami sekeluarga di Pasar Malam


Plihan saya, pilihan isteri saya, pilihan anak saya dan pilihan kami sekeluarga di Pasar Malam
(dengan spesifikasi tersendiri)

Siratan asal pada 5-Mac-2008,
http://thejourney.weblog.uum.edu.my
(Sempena Pilihanraya)

Siapa kata kami sekeluarga ”sehati-sejiwa”? Ada kalanya cita-rasa kami berbeza tapi tetap berkongsi ”mencubit” sesedap rasa.

Saya;
Nasi Kerabu (mesti ada telur masin, cabai salo dan daging pagang)
Popiah Basah
Air Kelapa (tanpa gula, tanpa ais)

Isteri;
Ayam Goreng Tepung (Bahagian bertulang dan pedal)
Popiah Goreng
Laksa (tambah telur, sambal tauhu dan nenas)
Kopi-O-Ais

Anak;
Ayam Goreng Berempah (peha)
Nasi Goreng (telur mata kerbau yang suku masak – masih menangis!)
Roti John atau Roti Pita
Milo Ais (tak penuh jemu-jemu!)

Pilihan Bersama;
Murtabak atau Samosa (murtabak mini)
Rojak Buah (tambah sotong bosah atau Char Kueh lebih)
Cucuk-cucuk @ steamboat/sate celup
Jagung Rebus atau Bakar
Kacang Rebus / kacang kuda (kudapan)

*Nota kecil; tidaklah bermakna semua makanan ini kami beli setiap kali ke pasar malam!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/