Thursday, March 20, 2008

Sudah tak pakai dawai kokot!




Aku paling benci kalau jumpa dawai kokot diketipkan pada plastik. Lagi benci kalau diketipkan pada daun pisang pembalut Pulut Udang. (Rujuk http://thejourney.uum.weblog.uum.edu.my/).

Semalam balik dari Sintok, aku singgah di R&R Juru. Macam biasa lepas sholat, aku perkena Pasembur. Aku order seketul cucur udang dan seketul tauhu, dan kuah asing.

Sebab apa kuah asing sebab nak banyak. Tok Guru aku dalam bab makan-memakan ini (aruah Mejar Adnan, semasa kerja kilang tayar dulu) banyak perturun ilmu.

Aruah semasa hidupnya pesan kalau hendak kuah lebih, jangan order kuah campur, order kuah asing. Kalau beli bungkus pula, order dua bungkus! Contohnya, kalau hendak beli Roti Canai 2 keping, beli asing 1 keping, 1 keping. Sudah tentu dapat kuah 2 bungkus.

Aruah juga pesan kalau perkena Cendol campur Pulut (biasanya di Gerai Cendol terkenal di Taiping, Cendol Ansyari, dekat Restoran Bismillah), order Cendol dulu dan selepas minum sesudu dua baru minta Pulut Panggang kat mamak tauke Cendol tu.

Kalau order siap-siap Cendol dengan Pulut, sudah tentu dapat isi Cendol kurang sebab isi pulut sudah ambil tempat dalam cawan Cendol itu. Betul juga dan bijak betul aruah Tok Guru aku ini!

OK, masuk bab dawai kokot balik.

Lepas makan cucur udang dan tauhu, mulut aku rasa nak makan buah pula. Mempelam kesukaan tak ada, cuma jambu batu aja. Keliling peti buah itu aku cari botol serbuk asam masin tapi tak jumpa.

”Ada kat dalam tu!”, kata penjual buah sambil tunjuk dalam plastik jambu.

Rupa-rupanya serbuk asam masin sudah di-pek-kan dalam plastik kecil ”zipper bag”. Kalau pakai dawai kokot sudah tentu aku buang sahaja plastik kecil itu.

Banyak-banyak tempat Pasar Malam yang aku pergi, di Kulimlah semua kuah kicap dan kuah cabai untuk Nasi Ayam atau Beehun Sup di-pek-kan dalam plastik kecil ”zipper bag” ini. Malah di Taman Selasih, Kulim ada sebuah kedai yang jual barangan plastik ada jual pelbagai saiz kecil-besar plastik ”zipper bag” ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: