Monday, March 24, 2008

Di sebaliknya gelagat insan golongan istimewa


Berita TV3 malam semalam diakhiri dengan gelagat insan istimewa, kanak-kanak di sebuah sekolah khas di ibukota.

Ini mengingatkan aku minggu lepas apabila Makcik B, menceritakan bagaimana anaknya yang juga insan golongan istimewa ini menyertai acara sukan peringkat negeri ala-ala para-olimpik di mana semua pesertanya terdiri dari golongan istimewa.

Anak Makcik B berjaya masuk ke peringkat akhir olahraga acara 200 meter. Hendak dijadikan cerita semasa beraksi, anak Makcik B berjaya mendahulu peserta-peserta yang lain tetapi dia berhenti seketika mungkin keletihan. Entah mengapa peserta-peserta lain juga turut berhenti!

Walaupun disorak oleh penghujung lain agar meneruskan larian, semua peserta-peserta acara 200 meter itu hanya tersenyum sesama sendiri.

Apabila anak Makcik B meneruskan larian, barulah peserta-peserta lain juga meneruskan larian masing-masing.

Apa yang sebenarnya terjadi?

Di sebalik gelak ketawa para penghujung menyangkakan insan golongan istimewa ini tidak mengerti apa maksud perlumbaan, Makcik B diberitahu oleh seorang kaunselor yang bertugas bahawa insan golongan istimewa ini amat mementingkan kesetiaan dan keadilan. Mereka berhenti berlumba kerana tidak mahu menang semata-mata kerana mereka berlumba dengan persaing yang keletihan. Disebabkan itu mereka sanggup menunggu sehingga persaing mereka pulih dan mereka bersama-sama kembali berlumba.

Ini mengingatkan aku semasa berpeluang menyaksikan sukaneka di sebuah pusat permulihan hospital terencat akal di Ipoh. Kecoh dan lucu apabila pemenang pertama dalam satu acara tidak mahu hadiah tempat pertama sebaliknya mahukan hadiah tempat kedua. Mungkin juga pemenang ini sedar walaupun dia menang tetapi pemenang tempat kedua yang sepatutnya layak bergelar juara.

Jadi sebelum anda gelakkan atau senyum sinis melihat gelagat insan golongan istimewa ini, fikirkanlah apa maksud mereka sebenarnya.

(Nota tambahan: sebagai seorang yang pernah terlibat dalam pendidikan dan penjagaan kanak-kanak insan istimewa ini di awal 90an di Sek Keb. KE, Taiping, saya sering menyarankan ibubapa kepada kanak-kanak insan istimewa ini menonton filem yang bertajuk Forest Gump lakonan Tom Hanks sebagai kanak-kanan insan istimewa yang kemudiannya membesar sebagai tokoh penting dalam sejarah Amerika)

Sekadar berkongsi satu cerita yang entah benar ataupun tidak.

Di sebuah hospital terencat akan, dalam satu temuduga untuk pengesahan sembuh pesakit terencat akal, pakar-pakar penemuduga telah membuat satu ujian kepada tiga orang pesakit yang telah menjalani permulihan untuk tempoh yang agak lama.

Ujiannya agak mudah iaitu penemuduga memadamkan kesemua lampu di dalam bilik dan meminta pembantu perubatan menyalakan lampu suluh dengan menghala suluhan ke siling. Kemudian mereka meminta pesakit (seorang demi seorang) agar memanjat cahaya yang disuluhkan itu.

Pesakit pertama cuba memanjat tetapi gagal kerana tidak dapat ”memegang” cahaya yang disuluhkan itu. Begitu juga pesakit kedua. Tetapi pesakit ketiga enggan memanjat apabila disuruh beberapa kali.

Pakar-pakar penemuduga bersetuju untuk mengesahkan pesakit ketiga telah sembuh sepenuhnya dan beliau boleh dibebaskan.

Pada hari terakhir pesakit ketiga hendak keluar, beliau terserempak dengan pembantu perubatan yang menyalakan lampu suluh itu. Maka terjadi perbualan berikut;

Pembantu Perubatan (PP): ”Hari itu masa saya nyalakan lampu mengapa awak tak panjat?”

Pesakit Ketiga (P3): ”Awak ingat saya gila ke nak panjat cahaya.”

PP: (dalam hati) Sahlah dia ini sudah sembuh!

P3: ”Saya tahu kalau saya panjat hari itu, awak akan padamkan lampu suluh itu, sudah pasti saya jatuhkan!”

PP: ?????

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

No comments: