Apa ada di Plaza Perbandaran Taiping?
Kalau nak main bowling ada le di tingkat atas sekali.
Masa baru buka dulu ada kereta Kancil jatuh dari parking atas sekali ini. Jenuh telinga aku bingit kena perli dengan geng KL. Kata depa, orang Taiping tak pernah parking atas bangunan sebab itu kereta terjunam jatuh!
Tingkat dua pula gerai-gerai makanan tapi seingat-ingat aku tak pernah makan lagi di sini.. Ada le sebuah dua kedai VCD dan komputer.
Kat bawah sekali ada jual barangan lambak kain baju, aksesori wanita, produk China, jam dan pelbagai lagi. Sudah tentu barangan makanan turut dijual di sini.
Antara yang top di sini ialah Air Kacang Soya, Murtabak dan Putu Mayum. Tapi gerai Putu Mayum semasa aku ambik gambar ini tutup pula.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com.
No comments:
Post a Comment