Kenduri lagi (ada Ikan Masin Goreng dan Asam Pedas Keladi!)
Balik dari Pasar Lambak, Taman Selat, Pulau Pinang Ahad lepas, aku, isteri aku seorang itu dan anak jantan aku seorang itu singgah di Selinsing untuk menunaikan satu jemputan kenduri.
Kehadiran kami agak lewat tapi majlis masih meriah.
Lauk-pauknya menyelerakan ditambah adanya Ikan Masin Goreng dan Asam Pedas Keladi (juadah popular Ramadhan ini), di samping menu biasa itu Nasi Minyak, Nasi Puteh, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Dalca dan Pecal.
Apa yang menarik lagi, Nasi Minyak dan Nasi Putehnya disimpan dalam Guni Gula! Tanpa memerlukan ”bekas pemanas”, nasi ini sentiasa panas walaupun sudah lama dimasak.
Kenduri ini juga mengikut ”trend” semasa dengan menggunakan ”banner” yang ditempah. Apa yang pasti kami sekeluarga tentu tidak tersilap masuk rumah kenduri.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment