Sukar untuk mengatakan; maaf saya tidak boleh membantu kali ini!
UTP atau Universiti Teknologi Petronas ini sememangnya agak sinonim dengan aku. Kebetulan aku sempat belajar di sini atas kapasiti pelajar kejuruteraan mekanikal USM 1997 – 2001 secara PPJJ.
Jemputan untuk membantu persatuan mahasiswa menganjurkan acara “treasure hunt” sempena Pesta Konvo tahun ini agar sukar untuk aku menolaknya. Lebih-lebih aku telah dirisik dan dijemput seawal tahun 2008 ini bermula. Malah pengelibatan aku dalam penganjuran acara bersempena dengan Pesta Konvo di UTP ini bermula seawal tahun 2000an dengan meliputi semua acara yang kebanyakannya berbentuk “treasure hunt”, motor show, pameran dan pertandingan kenderaan, pertunjukan “precision driving”, “stunt & drift”, dan sebagainya.
Malah di tahun lepas di bulan Ramadhan, aku turut bersama-sama dengan Kelab Kabuki Rider UTP mengadakan program amal di Rumah Anak Yatim, Ghazaliatul, Kati, Kuala Kangsar.
Semalam bersama-sama tiga pelajar, kami mengatur laluan untuk acara “treasure hunt” yang akan diadakan pada pertengahan Ogos nanti. Sempat juga aku singgah di Tapah berjumpa rakan sesama sekolah dan zaman bujang di KL.
Menunggu pengelibatan aku untuk turut-serta ialah;
4x4 Off Road di Kedah
Cub Prix di Kedah
Treasure Hunt Jabatan Alam Sekitar Perak (Ipoh – Melaka)
Ini tidak termasuk beberapa program sempena kemerdekaan dan aktiviti amal di bulan Ramadhan yang bakal menjelang ini.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Monday, July 07, 2008
Sukar untuk mengatakan; maaf saya tidak boleh membantu kali ini!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment