Di Taiping, 11-Jul-2008, 11.30am
Tunjuk bontot (Solek bontot)
Walaupun boleh dikatakan aku ini “OTAI” dalam motorsport, aku tak berapa suka “modify” kereta atau motosikal yang aku guna seharian. Lainlah kalau kereta atau motosikal itu sememangnya hendak digunakan untuk rally atau racing yang akan aku modify habis-habis.
Pernah sekali itu aku dijemput memberi ceramah kepada suatu kelab motor di IPTA. Habis sahaja ceramah berderu ahli-ahli kelab motor ini hendak tengok kereta atau motor apa yang aku guna dan apa yang telah aku modify. La! Kata depa; semuanya “standard OE” – orginal equipment.
Tapi pagi tadi aku rasa hendak solek sikit bontot Myvi yang aku baru ambik dari Perodua Alor Setar petang Khamis 10-Jul-2008.
Mula-mula aku besarkan sikit mata belakang dia. Cei-mei sangat sebelum ini. Aku tambah “reflector” atas. Bila mata sudah tak cei-mei, aku rasa macam “bogel” pula. Kemudian aku tambah ekor dia (spoiler).
Itu sahaja yang aku solek bontot Myvi ini.
Yang lain semua “standard OE”. Bukannya tambah itu, tambah ini boleh tambah laju ataupun sekurang-kurangnya boleh jimatkan minyak.
Sekarang ini nak buat apapun kena fikir pasai minyak. Macam kata orang rumah aku; cekodok goreng pun kuat makan minyak!
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment