Bukan rezeki insan itu !
Petang itu petang Khamis 30 April 2009.
Aku menanti dalam kereta berhadapan Ipoh Bakery, Jalan Taming Sari menantikan orang rumah seorang aku itu membeli roti.
Aku terlihat seorang insan terbongkok-bongkok mencangkung dan menghadap tong sampah di kaki lima kedai ini.
Ya Allah ! Insan yang bukan seagama dengan aku itu sedang memakan sisa-sisa nasi dalam beg plastik di dalam tong sampah itu. Asyiknya insan ini menjamah sisa makanan yang sudah lunyai itu.
Aku terkedu lalu keluar dari kereta dan membeli dua buku roti berintikan sadirn. Mulanya aku ingin memberinya sedikit wang agar dia boleh membeli nasi tetapi aku teringatkan seorang insan lain sebangsa dengannya yang pernah aku tolong seketika lalu yang membelanjakan wang pemberian aku itu di kedai tuak menyebabkan aku membatalkan niat untuk memberinya wang.
Aku menghampirinya. Dari jauh sudah terbau tubuh badannya yang mungkin sudah lama tidak dibasahi air. Dia berpakaian lengkap dan berkasut sambil membimbit beberapa beg plastik yang entah apa diisinya.
Aku menegurnya, melarangnya memakan sisa-sisa makanan itu dan menyuakan dua buku roti itu.
Dia merenung aku dan terus mengeluarkan kata-kata yang tidak aku fahami.
Antara butirannya yang sempat aku tangkap ialah;
”Lu tahu kah? Itu makanan sudah komersial. Dia punya dalam ada macam-macam bahan! Blah, blah, blah.............”
Aku terus masuk dalam kereta.
Insan ini masih membebel sambil terus menyuap sisa-sisa makanan itu.
Orang rumah seorang aku itu keheranan. Lebih-lebih lagi aku mengambil dua buku roti itu tanpa membayar hanya memberi isyarat kepada Mrs Tan tauke kedai sememangnya sudah lama mengenali aku agar mengambil duit dari orang rumah aku.
Aku meninggalkan kedai itu sambil menceritakan hal yang terjadi kepada orang rumah aku itu.
Sebuku roti berintikan sadirn itu dikongsi dua oleh aku dan orang rumah aku. Manakala sebuku lagi menjadi santapan anak jantan seorang aku itu.
Bukan rezeki insan tersebut.
”Dia nak KFC kut, ayah!” kata anak jantan seorang aku itu.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Gambar berikut diterima melalui email yang bertajuk "Better than KFC!"
No comments:
Post a Comment