Friday, June 19, 2009

Lagi mengenai panduan berlibur di Bandung

Lagi mengenai panduan berlibur di Bandung

Posting ini susulan posting sebelum ini.

Saya menerima 13 email yang terdiri dari penghujung OKOB untuk mengetahui lebih lanjut mengenai percutian di Jakarta/Bandung dua minggu lepas, Dua email telah saya balas dan 11 email lagi tidak akan saya balas secara individual kerana hampir kesemua persoalanan yang ditanya adalah sama, Jadi saya akan menjawabnya melalui posting kali ini.

1. Kos penerbangan KL-Jakarta

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kos penerbangan, anda boleh melawat laman web Air Asia atau MAS serta beberapa penerbangan milik syarikat di Indonesia.

Terdapat juga pakej penerbangan murah yang ditawarkan oleh Air Asia dan MAS tetapi kebanyakannya bukan di cuti sekolah. Tempahan untuk pakej penerbangan murah ini perlu ditempah lebih awal dan perlu dibayar sepenuhnya dan anda tidak boleh membatalkan atau menangguh serta menukar tempat duduk yang ditempat dengan orang lain.

Untuk penerbangan kami tiga beranak KL-Jakarta adalah seperti berikut:

Tiket 3 orang = RM 1,398.00.
Airport tax = RM 75.00
Admin. Fee = RM 135.00
Baggage (max. 15kg) = RM 30.00
Adv. Seat no. booking = RM 30.00
Insurance = RM 54.00

Jumlah = RM 1,722.00

2. Rasa curiga dan ditipu

Sebenarnya perasaan curiga dan ditipu boleh berlaku di mana-mana termasuklah di Malaysia. Di KL umpamanya saya (kami) kerap mengalah kepada pemandu teksi yang tidak mahu menggunakan meter.

Apa yang boleh anda buat ialah bersedia dengan wang kecil secukupnya, mengetahui tambang yang sepatutnya dengan bertanya kepada pekerja hotel, orang awam dan sebagainya. Yang penting jangan mengalah kepada pemandu yang tidak bertimbangrasa dan suka mengambil kesempatan ini.

3. Semurah mana kita perlu menawar dari harga yang ditetapkan oleh penjual?

Saya pernah melihat seorang pelancong asing ditengking oleh penjual di Jalan Petaling di KL kerana tidak mahu membeli jam yang telah ditawar sebelumnya.

Anda perlu memahami situasi tawar-menawar ini. Sudah tentu penjual akan marah kalau hampir persetujuan dicapai tiba-tiba anda membatalkan niat anda untuk membeli.

Biasanya di Pasar Baru, Factory Outlet dan gerai-gerai bergerak di tepi jalan di Bandung boleh ditawar sehingga 75 % ataupun kurang dari separuh harga yang ditetapkan.

4. Bagaimana dengan makanan halal?

Jangan terpedaya dengan rupa muka wajah Indonesia dengan menyangkakan mereka beragama Islam. Tulisan ayat suci Al Quran dan tanda halal boleh dijadikan rujukan. Tetapi gerai-gerai bergerak dan di tepi jalan kebanyakannya tiada dua petunjuk ini. Mungkin anda boleh bertanya terus kepada penjual atau kepada orang ramai.

5. Bagaimana untuk memahirkan diri menggunakan mata wang ruppiah?

Anda boleh menggunakan senarai panjang seperti dalam posting sebelum ini atau bawa mesin kira kecil. Elakkan menggunakan fungsi mengira pada telefon bimbit anda.

Pastikan juga anda mendapatkan kadar tukaran yang muktahir.
6. Bagaimana kemudahan bersolat?

Di Terminal 3 (terminal baru) Lapangan Terbang Jakarta ada tersedia bilik solat yang dikenali sebagai Musola di sini. Terdapat banyak Musalo (atau surau) di Bandung dan juga Jakarta.

7. Bagaimana dengan Food Hygiene?

Seelok-eloknya elakkan dari membeli makanan-makanan yang terdedah di tepi jalan terutama yang siap dimasak.

Biasanya kalau saya ke China dan negara-negara Asia/Asean sebelum ini melalui jalan darat, saya sentiasa membawa Kapsul Vacontil (Loperamide HCL 2 mg) yang berharga sekitar RM 2.00 untuk 10 kapsul. Di samping meminum banyak air masak, air mineral dan minuman panas tanpa susu. Elakkan ais dan minuman yang terbuka yang dijual di tepi jalan.

Jangan lupa bawa tisu dalam pek kcil. Banyak kegunaannya.



8. Bagaimana dengan keadaan bilik air dan tandas?

Samalah macam di Malaysia. Disebabkan itu kami hanya menggunakan tandas di pusat-pusat membeli-belah yang besar.


Bilik air di Airport Jakarta (Balai Berlepas) - see thru!

9. Berapakan perbelanjaan yang mencukupi?

Ini bergantung kepada masing-masing. Kami tiga beranak hanya berbelanja tidak sampai RM 1500.00 dan termasuk penginapan di Bandung 3 malam (@RM 160.00) dan di Jakarta 1 malam (@RM 250.00).

Banyak juga barangan yang dibeli berupa pakaian (t-shirt, seluar, jeans, blouse, tudung, telekung, kain untuk baju raya), buku dan cenderahati

10. Tak takut sesat ke kalau pergi tanpa pakej perlancongan?

Malu bertanya sesat jalan tetapi banyak bertanya juga boleh mengelirukan. Biasakan bertanya kepada pertugas awam seperti polis, pengawal keselamatan, pekerja hotel atau pemandu kenderaan awam.

Rancang perjalanan anda dengan teliti. Dapatkan maklumat selengkap mungkin.

11. Anak jantan saya seorang itu masih kanak-kanak ke? :-)

Ya, umurnya belum 12 tahun lagi! Mungkin badannya besar mengikut saiz rangka saya dan isteri saya. Memang terdapat kesangsian terutamanya semasa hendak membayar bayaran sarapan. Tetapi mudah dengan bantuan pasport.

Semoga jawapan-jawapan ini dapat membantu yang menanyakannya.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: