Monday, June 15, 2009

Tiada gono gini untuk Mano








Tiada gono gini untuk Mano

Sewaktu dalam perjalanan dari Hotel Ciumbulieut ke BTC dan teksi yang dinaiki terhenti kerana kesesakan lalulintas, seorang penjaja jalanan cilik menyuakan suratkhabar C&R Edisi 563 keluaran 10 – 16 Jun 2009. Saya tidak membelinya tetapi sempat membaca berita utamanya iaitu ”Tiada gono gini untuk Mano”.

Pemandu teksi menjelaskan maksudnya ialah ”tiada apa-apa pemberian (wang ringgit atau harta benda) kepada Manohara”.

Saya membeli suratkhabar mingguan C&R (Check & Re-check) itu di BTC (Rp 6 ribu = RM RM 2.20) dan mendapati ianya kenyataan yang dikeluarkan oleh Muhammad Soberi Safii, orang kepercayaan Tengku Fakhry.

(Seperti dinyatakan dalam ruangan editornya, C&R mendakwa ianya akhbar yang paling tulus dan tidak berat sebelah dalam melaporkan apa-apa berita dan mengelakkan sama sekali gossip.)

Turut dimuatkan di halaman 4, Mano tolak iming-iming Miliaran Rupiah.sebagai membalas kenyataan orang keprcayaan Tengku Fakhry. Akhbar C&R juga memuatkan kenyataan SMS dari Tengku Fakhry.

Menjadi tumpuan ramai ialah Bapak Hotman Paris Hutapea, S.H, peguam utama Mano berambut afro yang sering memberi kenyataan di media elektronik dan bercetak. Malah Bapak Hotman juga sering kelihatan memimpin erat tangan Mano ketika di kalayak ramai.

Dalam akhbar yang sama juga Mano ditempelak keseriusannya oleh bekas peguam utamanya sebelum ini iaitu Prof. Dr. (Jur). O.C. Kaligis, S.H., M.H., serta beberapa orang produser tv dan filem yang sebelumnya menyatakan hasrat untuk memfilemkan kisah peribadi Mano.

Di halaman 5 malah di dalam hampir semua rancangan berita Indonesia pada 10 Jun 2009 itu memuatkan keterangan ahli forensik RSCM Jakarta, Dr. Abdul Mun’im Idris. Sp.F., yang mengesahkan adanya bekas-bekas luka penganiayaan. Bagaimanapa dinyatakan bekas-bekas luka itu sudah terjadi dalam tempoh yang agak lama.

Apakah keseluruhan cerita dua darjat ini?





Walaupun awal-awal lagi Manohara telah menyatakan pendiriannya tidak memusuhi rakyat dan kerajaan Malaysia keseluruhannya (hanya dengan suaminya, Tengku Fakhry), ternyata kesempatan krisis ini telah diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu.

Dalam akhbar Investor Daily, Khamis 11 Jun 2009 halaman 7 menyiarkan gambar Manohara yang lengkap berbaju Laskar Merah Putih (NGO) membuat demonstrasi provokasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, mengecam kerajaan Malaysia berkaitan isu persempadanan Ambalat.

Bersebelahan gambar Manohara ini juga tersiar berita Panglima Tentera Laut Di Raja Malaysia (ditulis datang dengan tulus hatinya ke Jakarta) memohon maaf kerana angkatan Tentera Laut Malaysia membuat rondaan terlalu hampir dengan lautan Indonesia di Ambalat.



Benarkah apa yang dilaporkan oleh akhbar ini seperti dinyatakan?

Mingguan Malaysia, 14 Jun 2009 pula bernada lain dan sama sekali tidak menyebut mengenai permohonan maaf ini. Adakah kunjungan Panglima TLDM itu disalahertikan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: