Pilihan selain R&R Tapah
Jemu dengan menu yang sama di R&R Tapah? Jom ubah selera. Kalau dari Utara menghala ke KL, sekali-sekala cuba keluar highway ikut interchange Behrang dan ambil kiri menghala ke Tanjung Malim. Sudah tentu Restoran Yik Mun yang terkenal dengan Pau Tanjung Malim itu menanti anda. Pelbagai menu lain juga tersedia di sini. Malah banyak restoran dan warung lain juga bakal menanti anda di sini.
Kalau ingin mencuba sesuatu yang lain, cuba keluar highway ikut interchange Tapah dan ambil kanan menghala ke Tapah. Berhampiran persimpangan traffic light ini ada sebuah restoran yang terkenal dengan Mee Rebus Tulang dan Nasi Ayamnya.
Kalau dari KL menghala ke Utara, sekali-sekala singgah di tempat rehat Simpang Pulai. Di sini tempat makannya terhad. Boleh dicuba Nasi Ayam Basree Bustaman yang terkenal itu. Boleh juga pelbagai menu berasaskan sup di sini.
Nasi Lemak bungkus bersebelahan gerai ini juga enak. Ini makanan ruji kami berempat sesama pelajar Msc UKM tahun 2003/2004 dahulu. Cuma minuman panas di sini entah mengapa dari dulu tak pernah-pernah sedap!
Di Simpang Pulai ini juga tersedia Petrol Pam dan plebagai gerai buah-buahan.
Cuba try test di dua, tiga tempat ini.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com
No comments:
Post a Comment