UPDATE Sumbangan Ramadhan Rumah Anak Yatim Rumah Nurul Iman,
Kamunting
Selesai sudah umat Islam menjalani satu hari ibadat puasa di
bulan Ramadhan 1435 ini. Begitu juga anak-anak yatim Rumah Nurul Iman, Kpg Pinang,
Kamunting pada hari ini.
Majlis petang tadi bermula dengan tazkirah oleh Ust Major
Aminuddin Salleh yang antara lain berkongsi ilmu berkaitan beruntungnya sebagai
anak yatim serta kepentingan dan keutamaan kesihatan diri di dalam Islam.
Majlis diikuti dengan penyerahan sumbangan beg berisi barangan toleteries dan
hygiene kepada semua 19 orang anak-anak yatim dan juga 5 orang pekerja Rumah
Nurul Iman. Turut diserahkan ialah beberapa sumbangan bayaran fidyah dan zakat
simpanan kepada Pengurus Rumah Nurul Iman.
Anak-anak yatim seterusnya bersama undangan menikmati jamuan
iftar menu Nasi Briayani. Terima kasih kepada penyumbang sahur dan iftar pada 1
Ramadhan ini. Terima kasih juga kepada penyumbang bayaran ais krim dan pavlova. Tidak lupa juga terima kasih kepada penjual
ais krim dan pavlova, yang memberi harga diskaun untuk dua-dua makanan pencuci
mulut ini.
Untuk makluman, atas permintaan penyumbang sendiri, senarai
penyumbang selepas ini tidak akan dipamerkan di dalam fb lagi Hebahan yang
dibuat sebelum ini adalah sebagai ganti “akad” atau makluman penerimaan
(acknowledgement) sahaja. Ini juga sebagai makluman kepada anak-anak yatim
tersebut, bukan kami yang membuat sumbangan, kami hanya “posman” menyampaikan
sumbangan/tajaan berikut. Sekiranya diperlukan, kami akan terus menghantar
gambar lepada penyumbang. Untuk sebarang sumbangan tunai seperti bayaran zakat
dan fidyah, pihak Rumah Nurul Iman akan mengeluarkan resit.
Tiada lagi hebahan berterusan selepas ini kecuali terdapat
aktiviti khusus. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment