Saturday, June 07, 2014

Menyumbang & beramal


Menyumbang & beramal

Seramai hampir 100 orang anak-anak yatim dari dari Kajang akan datang melawat Taiping pada 13hb Jun 2014 Jumaat ini. Antara lokasi kunjungan mereka adalah Zoo Taiping. Beberapa individu Warga Taiping dan organisasi akan meraikan mereka dengan membuat sumbangan seperti berikut:-

100 x Tiket masuk Zoo Taiping
100 x Makan tengahari Nasi Ayam & Air Mineral
100 x Minuman Bikarbonat

Mereka akan berkelah berama-ramai di kawasan berhadapan Zoo Taiping mulai 2.30 petang, selepas Solat Jumaat. 

Kepada mereka Warga Taiping dan organisasi lain di Taiping yang ingin bersama-sama meraikan anak-anak yatim ini dengan membuat sumbangan lain yang bersesuaian, bolehlah terus membawa sumbangan masing-masing terus ke tempat berkelah ini. Sila pm saya atau emailkan kepada saya lukmanw@gmail.com untuk makluman dan penyelarasan sahaja.

Terima kasih awal di atas prihatin dan sumbangan anda. Marilah sama-sama kita Warga Taiping meraikan anak-anak yatim ini dengan menyumbang dan beramal.

*Nama pertubuhan anak yatim ini, nama individu dan nama organisasi yang telah dan akan membuat sumbangan akan diumumkan kemudian dengan izin.



Info terbaru

Alhamdulillah 6.30pm tadi, sponsored air bikarbonat sudah diterima sebanyak 6 kotak @ 24 botol. Terima kasih kepada penyumbang

hamdulillah juga ada Warga Taiping kumpulan yang aktif membuat sumbangan kpd gelandangan di Ipoh, akan menyediakan goodies kepada anak-anak yatim ini. Terima kasih sahabat

No comments: