Wednesday, May 27, 2015

Nasi Goreng Ikan Rebus Masjid Daerah Taiping










Nasi Goreng Ikan Rebus Masjid Daerah Taiping

Seperti Laksa yang saya pilih untuk makan hanya hari kedua dimasak (kuah perangat), begitu jika Ikan Goreng yang menjadi pilihan utama saya ialah Ikan Goreng Perangat.

Berbeza dgn Ikan Rebus (telah direbus dahulu) menyerupai Ikan Perangat walaupun baru pertama kali digoreng.

Pagi tadi saya kebetulan ada tugasan berhampiran Masjid Daerah Taiping mengambil kesempatan bersarapan menu Nasi Goreng Ikan Rebus di gerai halaman masjid ini.

Ikan Rebus atau Ikan Pelengat kata tok nenek saya, biasanya disediakan samada Goreng Garing atau Goreng Lembab.

Di sini Ikan Kembung Rebus digoreng garing menepati citarasa saya. Menyelerakan lagi ianya digoreng dengan bawang.

Nasi Gorengnya tidak kurang sedapnya. Disediakan juga Sambal Belacan dan Limau Purut.

Set ini bersama Teh-O dan Air Suam ialah Rm 5.00.

Gerai dibuka seawal pagi hingga 3.00ptg. Terdapat juga pelbagai menu.

Saya sudah terasa Mee Kicap memanggil-manggil saya utk kunjungan akan datang.

No comments: