Anak jantan aku international football player
Gambar di atas mungkin biasa-biasa saja. Mungkin permainan bola biasa di waktu petang oleh anak-anak muda di kawasan perumahan.
Sebaliknya ianya adalah satu sesi pemanas badan sebelum bermulanya perlawanan antarabangsa!
Kadang-kadang sekali dalam sebulan, padang bola berhampiran rumah aku ini akan diadakan perlawanan antarabangsa. Biasanya di hari-hari lain hanyalah latihan atau hanya main-main yang turut disertai oleh pemain antarabangsa.
Manakan tidak, ada pemain-pemain dari Nepal, dari Vietnam dan yang terbaru malu-malu kucing (sebab anjing sudah habis kena dot dot dot) pemain dari Bangladesh dan India menunjukkan kemahiran masing-masing di padang ini.
Biasanya sekadar berkaki ayam tapi kalau di permainan utama, mereka akan memakai baju seragam walaupun hanya t-shirt kolar bulat pasar malam. Malah ada rerakan yang dijemput menjadi referi dan juga penjaga garisan. Penonton dan sudah tentu penyokong turut hadir. Cuma yang tiada budak bacuh air dan pom-pom girl.
Anak jantan seorang aku juga tidak ketinggalan. Biasanya mengasah kemahiran kakinya bersama-sama pemain antarabangsa ini semasa latihan. Mungkin selepas ini kalau tidak ”dibeli” mungkin dijemput menjadi pemain utama kesebelasan dalam pasukan.
Nampaknya pencapaian dia sudah melepasi ”setakuk” dari aku. Sekarang anak jantan aku itu sudah jadi international football player. Aku sendiri tak pernah main bola dengan dengan pemain antarabangsa ini. Kalau setakat main dengan pelbagai bangsa Jawa, Banjar dan Petani itu biasalah!
lukmanw@gmail.com
htpp://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment