Thumbdrive pertama aku
Inilah Thumbdrive pertama aku – jenis Trek Thumbdrive Smart 128 MB dengan harganya RM 120.00. Dibeli di Low Yat tahun 2003 rasanya bulan Oktober. Itupun jenuh bertawar dan dibeli tiga biji sekali gus. Aku sebiji. Suhami sebiji dan Suresh sebiji. Rashid pula beli seorang-seorang lepas itu dengan kos RM 150.00.
Suhaimi pakai 2, 3 bulan klip cover patah. Kemudian Rashid punya kaput tak sampai setahun. Aku punya pula elok sampai tahun lepas tapi pagi tadi aku cuba dah kaput pula!
Bayangkan kalau masa itu hendakkan storage 4 GB! 10 biji Thumbdrive 128 MB ini baru 1 GB lebih!
Sekarang 8GB pun tak sampai RM 60.00!
Kami semasa itu baru daftar student post graduate di UKM.
Sekarang aku ada lebih 10 biji Thumbdrive!
1. Kingston 2GB – untuk hal-hal berkaitan pejabat; correspondent, claim, cuti, dll.
2. Kingston 4GB – untuk hal-hal berkaitan Cubprix; track plan, correspondent, permit, technical guideline, dll.
3. Kingston 512 MB – untuk printing di kedai; A1/AO size, dll (student hadiah!)
4. Tak tahu jenis 128 MB – kosong (student hadiah!)
5. Tak tahu jenis 256 MB – kosong (student hadiah dan dah kaput pun!)
6. Kingston 256MB – kosong (dah kaput pun!)
7. Kingston 1GB – untuk storage data, dll.
8. Pendrive 2GB – untuk storage gambar, dll (UUM bagi!)
9. Kingston 512MB – kosong
10. Kingston 8GB – Subjek lengkap kursus & thesis PhD
11. Kingston 8GB – Macam-macam ada!
Tiada dalam gambar – Apacer 8GB baru beli seminggu pada tahun lepas tapi dah buang entah ke mana sebab kaput! Nak claim pula resit dah hilang dan beli kat PC Fair.
Ini tak termasuk External Hard Disk 120GB yang sudah dua kali masuk workshop sebab data corrupt tapi masih boleh diselamatkan lagi.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Anak jantan seorang aku itu ada 2 biji dengan 4GB dan 1GB. Manakala orang rumah aku seorang itu 1 biji 4GB.
No comments:
Post a Comment