Tuesday, November 17, 2009

Awang Nan jenguk pak semalam


Awang Nan jenguk pak semalam

Itulah kata emak tengahari tadi. Aku singgah rumah orang tua aku menghantar bekalan ubat bulanan bapa yang baru diambil dari Klinik Kesihatan Taiping di Tupai. Sambil menunggu emak "menapau" lauk-pauk (serta nasi!), emak memberitahu aku.

"Itupun sebenarnya dia berenti lelah depan rumah. Dah tak larat dia. Jalan tiga, empat rumah, mesti berenti lepas lelah!"

"Mak tengah sapu sampah la tu. Dia nak jenguk pak sebab dah lama tak tengok katanya."

Sememangnya bapa kebelakangan sudah lagi tidak bermandikan cahaya matahari. Langkahnya pendek hanya dari katil ke meja makan di dapur ataupun lajak ke bilik air.

Kalau adapun dua, tiga bulan sekali aku membawanya ke pemeriksaan kesihatan rutin di klinik kesihatan ataupun bergunting rambut di pekan.

"Banyak
Awang Nan bawa sayur kampung, mak?"

"Ada la sikat dua pucuk paku. Diapun dah tak larat. Ragapun satu, kecik pula! Tak macam dulu boleh bimbit dua raga sekali jalan."

Ingat-ingat aku semasa aku belasan tahun lagi
Awang Nan itu sudah membimbit raganya keluar masuk kampung berjalan kaki. Adakah aku akan "bertenaga" macam Awang Nan ini jika berusia kelak?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

1 comment:

lukmanw@gmail.com said...

Saya dimaklumkan bahawa Pakcik Awang telah meninggal dunia pada tahun lepas (2013). Kalau benar Pakcik Awang telah meninggal dunia Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un ( إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ)