Monday, December 20, 2010

Hari 1 Berlibur di Tianjin-Beijing 11 – 15 Dis 2010



Berlibur di Tianjin-Beijing 11 – 15 Dis 2010 Hari Pertama

Hari 1, 11 Dis 2010 LCCT - Tianjin

Setelah semalaman dalam bas (10.00pm – 6.00am), kami seramai 17 orang berlepas dari LCCT jam 8.30am untuk 6 jam penerbangan Air Asia ke Tianjin.

Tiba di Lapangan Terbang Tianjin 2.30pm, Pemandu Pelancong kami, Ms Vivian sudah menunggu untuk membawa kami ke Beijing dengan bas.

Kami tiba di Beijing jam 6.00pm. Ketika ini jam 5.30 pm Beijing sudah gelap umpama malam. Manakala suhunya pula ialah mula menghampiri 0 darjah celcius. Kami terus makan malam di Restoran Muslim Judeshuantion. Di sini kami bersua kembali dua kumpulan pelancong dari Malaysia yang bersama-sama kami dalam penerbangan siang tadi.











Setelah makan malam kami dibawa menyaksikan akrobatik Legend of Jin Sha Acrobatic Show di Beijing Worker’s Club atau lebih dikenali dengan Panggung Teater Hu Fangs. Ada dua pertunjukan dalam sehari iaitu jam 5.30 pm dan jam 7.30 pm. Tiket menyaksikan pertunjukan hebat akrobatik ini ialah 180 Yuan (RM 90.00) untuk seorang. Berbaloi rasanya terutama menyaksikan kehebatan 6 penunggang motosikal berkongsi dalam satu sangkar besi. Menakjubkan lagi salah seorang penunggangnya ialah seorang gadis.

Boleh rujuk link berikut untuk gambar-gambar lanjut.

Terdapat beberapa gerai Muslim yang menjual kudapan. Kami membeli kuih berupa Roti Goreng berharga 15 Yuan (RM 7.50) untuk 6 biji. Ada juga dijual Popcorn tapi mahal harganya iaitu 10 Yuan (RM 5.00).

Selepas persembahan akrobatik kami check-in Beijing Qinshun Business Hotel, di pinggir Bandar Beijing.





No comments: