Thursday, December 30, 2010

K. Rajagobal vs Kabir Khan


K. Rajagobal vs Kabir Khan

Menonton Filem Hindi bertajuk Chak De! India lakonan Sharukh Khan di TV 2, malam Selasa lepas seolah-olah menonton (mengikuti) 2 perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 (di Stadium Bukit Jalil dan Stadium Gelora Bung Karno Jakarta).

"Bila pula abang mula syok tengok cerita Hindustan ini?", tegur orang rumah saya seorang itu bila saya hanya masuk tidur jam 1 pagi setelah selesai filem Chak De! India itu. Sememangnya saya langsung tidak meminati cerita Hindustan, malah langsung tidak meminati Sharukh Khan terutama apabila hero pujaan ramai ini brlakon lawak bodoh.

Bagaimanapun telah tersenarai dalam diari saya beberapa DVD filem Hindustan yang pasti akan menjadi koleksi saya iaitu;

(i) Taare Zameen Par (Arahan/lakonan Amir Khan) yang telahpun saya miliki CDnya.
(ii) Heroes: Why should you not join the Indian Army? (Lakonan Sohail Khan Vatsal Seth)
(iii) Slumdog Millionaire (Arahan Danny Boyle)

Mungkin disebabkan saya bukan peminat Sharukh Khan, saya menolak ajakan rakan untuk menonton filem lakonannya bertajuk My Name Is Khan yang dikatakan antara filem terbaik Sharukh Khan. Mungkin selepas ini (selepas tertarik dengan lakonan tanpa lawak bodoh dan tanpa adegan cintan-cintun dalam filem Chak De! India ini) saya akan cuba menonton filem My Name Is Khan pula.

Bila pula produser Malaysia akan menghasilkan filem sukan? Asyik-asyik dengan lawak bodoh dan seram yang entah apa-apa. Filem Bola lakonan Dr Fadzley dan Linda Onn itupun entah apa-apa. Khabarnya ada yang berminat untuk filemkan kisah lagenda bolasepak SuperMokh. Apapun kisah pasukan Malaysia dalam Piala AFF Suzuki ini juga menarik untuk diriwayatnkan semula sama ada dalam bentuk drama atau filem.

Syabas Kabir Khan K Rajagobal dan semua pemain serta pegawai sukan Pasukan Bolasepak Malaysia yang bertanding dalam Piala AFF Suzuki 2010.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

2 comments:

Cikgooden said...

bg. Lokman:
bila nak borak-borak kut kemunting?..bz manjang, hang nih..

lukmanw@gmail.com said...

Cikgooden

Rasanya pertengahan Jan 2011 baru aku ada di Taiping.