Wednesday, June 27, 2012
Tuesday, June 26, 2012
Sampah - PBT & penduduk perlu main peranan!
BAU busuk sering kali menusuk deria bau ketika melalui kawasan perumahan yang padat dengan penghuni, tetapi tidak mempunyai sistem pengurusan yang baik.
Itu belum dikira saat melalui medan selera yang tidak diselenggara dengan teratur.
Bila dicari di sekeliling punca bau kurang menyenangkan itu, timbunan sampah domestik kebiasaannya berada tidak jauh dari situ.
Selain timbunan sampah, ia juga berpunca daripada longkang yang tersumbat akibat sampah yang dibuang ke dalamnya.
Masalah di taman perumahan itu sebenarnya membayangkan masalah yang lebih besar di seluruh negara berhubung pengurusan sisa buangan domestik. Sampah terhasil apabila isi rumah membuang apa yang mereka tidak perlukan.
Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dalam sehari sekitar 30,000 tan sampah dibuang oleh isi rumah di negara ini.
Malah, kajian mendapati 45 peratus sampah yang dibuang orang Malaysia terdiri daripada sisa makanan.
Apabila orang ramai gagal menguruskan sampah mereka dengan betul dan apabila sistem kutipan sampah pula tidak sempurna akhirnya sampah mula bertimbun di tempat sendiri.
Memburukkan keadaan sampah sarap yang dibuang penghuni rumah kediaman dan perniagaan di Malaysia tidak semuanya diasingkan dari segi jenis, mahupun keadaan fizikalnya.
“Semasa saya bermastautin di Cape Town di Afrika Selatan selama beberapa tahun, sistem kutipan sampahnya berbeza daripada di Malaysia. Setiap penghuni kediaman mempunyai tong sampah beroda atau troli yang akan ditolak ke kawasan kutipan setiap seminggu sekali untuk dikutip.

Sampahnya akan dibuang ke dalam beg sampah secara teliti, tidak ada yang tumpah dan baunya turut tidak menyesakkan udara sehinggakan mengganggu jiran tetangga,” jelas Aminah Hitam yang kini bermastautin di negeri Selangor.
Sistem pengurusan sampah
Sistem di Cape Town dikatakan sangat teratur dan baik untuk penghuni setempat.
“Penghuni sekitar pun sangat peka dan berdisiplin. Sampah dikutip pada hari yang sama setiap minggu dan ia tetap dikutip walaupun pada hari cuti umum. Troli sampah itu ditolak sendiri oleh penghuni dan mereka perlu mengambilnya semula pada sebelah petang hari yang sama setelah ia dikosongkan.
“Untuk mereka yang tinggal di pangsapuri, mereka tidak memerlukan troli sampah sendiri, tetapi perlu membuang sampah mereka di tempat yang telah ditentukan pihak pengurusan,” jelas Aminah lagi.
Sikap sambil lewa
Dengan sistem kutipan sampah yang semakin dipertingkatkan hari ini, kita juga tidak seharusnya menuding jari kepada pihak berkuasa sahaja.
Hal ini kerana masih ramai penghuni yang bersikap tidak acuh dengan sampah yang mereka buang.
Sebagai contoh sesetengah penghuni di kawasan perumahan di negara ini masih belum mempunyai tong sampah.
Senario sebegini masih dapat diperhatikan di sesetengah kawasan.
Mereka hanya mengikat sampah dalam beg plastik dan meletakkannya di luar kawasan rumah mereka.
Keesokan harinya, beg plastik itu sudah terburai dan kandungannya bertaburan di jalan raya kerana dikerjakan haiwan seperti anjing dan kucing.

Dan inilah yang mendatangkan bau busuk dan rasa tidak selesa serta kemarahan penghuni lain.
“Ada juga beg berisi sampah domestik ini dibawa oleh anjing-anjing liar ke merata tempat sekitar taman perumahan pada waktu malam,” luah S. Chandravathani yang tinggal di Kajang dan pernah melihat sampahnya dilarikan haiwan jalanan.
Apabila sampah bertaburan di tengah jalan akibat perbuatan haiwan ini, ia mendatangkan masalah kepada pengguna dan penghuni kawasan perumahan.
Buang sampah depan rumah
Dalam pada itu, penulis telah membuat tinjauan di beberapa buah kedai dan mendapati jenis-jenis tong sampah untuk kegunaan di luar rumah dijual pada harga dari RM16 sehingga RM84.
Ia bergantung kepada saiz bahan buatannya sama ada daripada plastik, getah atau sebatian yang tidak mudah pecah.
Tong sampah plastik dan bertutup yang memuatkan sampah 38 liter boleh didapati pada harga RM24.90, manakala yang lebih baik dan besar saiznya pula sekitar RM60.
“Tong sampah beroda yang besar untuk sampah sehingga 120 liter harganya hampir RM380 setiap satu. Ini yang lebih praktikal digunakan,” jelas seorang penjual sebuah kedai perkakasan di Taipan Business Center, USJ10.
Tinjauan rambang merentasi lebih 120 buah rumah di kawasan sekitar USJ9, USJ11, USJ6 dan USJ2 pula menunjukkan hampir 25 peratus daripada rumah di situ tidak mempunyai ruang tetap untuk membuang sampah.
Hampir 30 buah rumah meletakkan beg plastik sampah di luar rumah, di atas lantai saja atau di ruang yang mudah dicerobohi haiwan liar jalanan.
“Saya geram betul melihat timbunan sampah yang ditinggalkan di kawasan lapang di tepi pagar saya oleh jiran yang tidak tahu siapa,” cerita Siti Hawa Ismail, seorang penghuni rumah tepi di kawasan SS19, Subang Jaya, Selangor.
Persoalannya mengapakah ada penghuni kawasan perumahan yang mengambil jalan mudah dengan membuang sampah di tepi rumah orang lain?
“Kalau tidak mahu kotorkan rumah sendiri, jangan pula letakkan sampah di rumah orang lain.
“Lupuskanlah sampah sebaik yang mungkin supaya ia tidak menyakitkan mata dan mengganggu emosi orang lain,” ujar Siti Hawa lagi.

NOTA PENCATAT - tidak perlu hingga ke luar negara, sistem tong sampah bertutup di Miri umpamanya adalah contoh yang boleh diikuti. Rujuk di sini. Semoga pihak berkuasa tempatan (Majlis Perbandaran Taiping salah satunya) mengambil iktibar dari artikel ini.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Lencana sekolah 1974 - 1979

Lencana sekolah 1974 - 1979
Ada sesiapa yang boleh membantu saya mendapatkan gambar lencana sekolah (lencana asal) untuk dua buah sekolah rendah berikut iaitu;
(i) Sekolah Rendah Jalan Shaw 2, Kuala Lumpur (rasanya kini telah bertukar nama ke Sekolah Rendah Jalan Hang Tuah) dan,
(ii) Sekolah Rendah Si Rusa, Port Dickson.
Terima kasih.
lummanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Tuesday, June 19, 2012
Tukuroku ghebat (akan hebat)

Tukuroku ghebat (akan hebat)
‘Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak pada 14 Jun 2012 telah melancarkan pelan pembangunan Pekan Ijok.
Terbaru pada 17 Jun 2012, YAB Tan Seri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan RM2.5 juta peruntukan untuk menaik taraf padang astaka ke sebuah stadium baru.
Ghebat Tukuroku – buat masa ini akan hebat! Moga-moga hebat betul dan bukan kerana PRU sudah berbau!
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Wednesday, May 16, 2012
Harap tiada pendidik yang menggunakan rujukan ini

Harap tiada pendidik yang menggunakan rujukan ini
Selamat Hari Pendidik kepada semua pendidik termasuklah guru tabika, sekolah rendqh, sekolah menengah dan institut pendidikan (IP) yang lain serta ustaz, ustazah, guru mengaji Al Quran, guru silat, guru tuisyen, pengajar sekolah memandu, pengajar kursus kahwin dan sebagainya.
Sebagai seorang pendidik, saya sentiasa mengingatkan diri saya supaya sentiasa membuat rujukan sebagai persediaan. Pada masa yang sama saya sedaya upaya memastikan agar bahan rujukan yang digunakan bersesuaian dan bertepatan denganilmu yang akan disampaikan. Semasa melawat blog rakan maya Papan Kekunci Mk. Riza, saya tertarik untuk berkongsi kepada penghujung blog OKOB saya ini dengan satu bahan rujukan yang sepatutnya tidak digunakan oleh pendidik termasuklah ibubapa sendiri.
Posting berkaitan pendidik di sini, di sini, di sini dan di sini.
Posting mengenai "potong zaka" di sini.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Thursday, May 03, 2012
Masih relevant lagi ke “akhbar dalam darjah”?

Masih relevant lagi ke “akhbar dalam darjah”?
Antara sebab mengapa aku belajar membaca ialah keinginan amat sangat untuk membaca dan memahami tulisan kartun (komik) di dalam akhbar. Kemudiannya keinginan ini berkembang ingin tahu apa berita yang dimuatkan di dalam akhbar.
Di sekolah rendah (awal 70an), aku didedahkan dengan program “akhbar dalam darjah”. Hampir kesemua berita di dalam helaian akhbar akan digunting guru dan kemudiannya dibincangkan bersama guru dan rakan-rakan sekelas yang lain. Ada kalanya akhbar yang sama terpaksa dibeli dua naskah kerana adanya berita di kedua-dua belah helaian mukasurat yang hendak dibincangkan.
Di sekolah menengah, tidak ada sangat program perbincangan sebegini tapi masih ada guru yang prihatin menggunakan akhbar untuk berkongsi isu semasa dengan kami sebagai anak murid. Di sekolah menengah juga helaian akhbar akan dipamerkan di papan kenyataan dan membolehkan murid-murid membacanya beramai-ramai.
Tetapi akhbar keluaran bertarikh 2 Mei 2012 semalam meloya dan menakutkan aku. Adakah selepas ini akhbar juga akan dikategorikan sebagai Umum, 18SX dan sebagainya?
Sebagai pembaca,aku merasakan pendedahan salah laku tidak kiralah pemimpin kerajaan ataupun pembangkang tidak menjadi kesalahan untuk dilaporkan di dalam akhbar. Tetapi cara laporam yang terlalu terperinci bukanlah bentuk laporan sebenar akhbar. Akhbar bukan majalah atau novel lucah atau dalam bahasa modennya porno! Akhbar dijual secara berleluasa tanpa kekangan umur pembacanya. Malah ramai wakil rakyat yang menaja akhbar-akhbar untuk sekolah di kawasan ADUN mereka termasuklahjuga akhbar yang tertera dalam gambar di atas.
Semasa isu liwat didedahkan dalam mahkamah dahulu, seorang guru sekolah rendah pernah memberitahu aku beliau tergaman apabila salah seorang anak muridnya di tahun tiga bertanyakan adakah sama maksud “oral taken medicine” dengan “oral sex” dalam kelas matapelajaran sains.
Semasa era 70an dahulu kami (pelajar sekolah kampong) selalu diperli oleh pelajar sekolah di Bandar dengan kata-kata; kalau nak cepat mahir belajar Bahasa Inggeris, belajarlah dengan kata-kata (vocabulary) di dinding dalam tandas awam ataupun di belakang kerusi bas sekolah barisan belakang sekali!
Nampaknya kini kata-kata (vocabulary) ini boleh dipelajari dari dada akhbar malah terus dari muka surat hadapan. Itu belum lagi dengan dedahan dari sumber internet!
Tinjauan aku hari ini mendapati penerbit akhbar harian di atas telah “mengelapkan” beberapa keping gambar yang amat keterlaluan dalam website arkib mereka. Adakah kerana rasa bersalah ataupun diarahkan berbuat demikian?
Di manakah akta penerbitan yang berkaitan dengan pempameran gambar-gambar lucah sebegini dan juga berita-berita seumpamanya? Jangan sampai akhbar-akhbar di atas bertarikh keluaran 2 Mei 2012 akan menjadi sebutan sedekad lagi seperti mana generasi murid sekolah 70an yang masih ada mengingati babak-babak memberahikan dalam buku Mona Gersang, Terbang Bebas Hinggap Tak berkaki dan sebagainya.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Monday, April 30, 2012
Lontong - terubat sudah keinginan
Lontong - terubat sudah keinginan
Hampir sebulan selepas posting aku mengenai Lontong, aku hanya dapat mencicipnya di hujung minggu baru-baru ini. Dalam masa sebulan itu acap-kali aku ke Pasar Malam Medan Kamunting menjengah gerai yang biasa aku beli Lontong ini. Setiap kali jengahan aku pasti hampa sebab gerainya tiada. Mulanya penjaja bersebelahan gerai ini memaklumkan penjaja Lontong ini tidak meniaga kerana ada kenduri. Minggu seterus aku menjengah lagi dan hampa lagi. Tak kan ada kenduri lagi! Minggu seterus-terusnya begitu juga!
Pada masa yang sama orang rumah seorang aku itu mempelawa untuk memasak Lontong. Dek kerana ingin mencicipi sekadar rasa, aku tidak mahu dia memasaknya. Kalau masak mahu seperiuk bok dan hasilnya mesti terkedang aku melahapnya.
Akhirnya setelah hampir sebulan dan penjaja di Pasar Malam itu tidak muncul-muncul, termasaklah juga Lontong di rumah. Apa lagi dari hasrat hanya ingin mencicipi sekadar rasa, sudah jadi terkedang aku melahapnya.
Ramuannya lengkap - Nasi Himpit dengan Kuah Masak Lemak Lodeh pelbagai sayuran. Kuah Kacang dan Sambal Tumis Ikan Bilis. Cuma Rendang Ayam pengganti Rendang Daging.
Mujurlah juga dalam tempoh hampir sebulan itu aku tidak kempunan! Kempunan? Macamlah tak makan sebelum ini!
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Tuesday, April 17, 2012
Es Leler (Es Teler) vs Krub Kun Krog

Es Leler (Es Teler) vs Krub Kun Krog
Tiba-tiba mulut aku teringin mencicipi Es Leler yang ramuannya terdiri dari irisan Avogado, Kelapa Muda, Buah Enau dan Isi Nangka. Ramuan ini kemudiannya disirami Gula Merah, Santan bersejukan Air Batu.
Tiba-tiba mulut aku teringin mencicipi Krub Kun Krog (Cruncy Rubies) yang ramuannya terdiri dari Sengkuang berbalut tepung pulut berwarna merah, irisan Kelapa Muda dan Isi Nangka. Ramuan ini kemudannya disirami Santan bersejukan Air Batu.
Aik! Selera makan-makan datang balik ni!
Kat mana boleh dapat dua minuman ini di Semenanjung?
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Monday, April 09, 2012
Wednesday, April 04, 2012
Takziah kepada keluarga Allahyarham Yusoff Bakar @ MYB Roda-Roda

Takziah kepada keluarga Allahyarham Yusoff Bakar @ MYB Roda-Roda
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Baru sebentar tadi saya dihubungi oleh beberapa rakan memaklumkan mantan majikan saya di Bayu Enterprise, pengeluar majalah motosikal Roda-Roda telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 3.45 petang hari ini.
Pada saya beliau bukan sahaja sebagai seorang majikan tetapi juga seorang bapa dan abang yang bertanggungjawab membimbing saya ke alam permotoran 2 roda ini.
Dalam alam permotoran 2 roda ini terutama pada pertengahan 80an, MYB dikenali sebagai Penghulu di kalangan penunggang-penunggang superbike ketika itu. Dari kumpulan kecil di kalangan sesama staff Nestle, kumpulan ini berkembang dengan pengelibatan Motorcyclist Association of Federal Territory & Selangor, Group Daya Bumi, Group Tabung (Tabung Haji) dan sebagainya,
Lahirnya majalah Roda-Roda pada keluaran sulongnya pada November 1986 dan berkekalan sehingga hari ini dengan bermatlamatkan untuk mendidik penunggang motosikal di Malaysia adalah jasa MYB yang akan dikenang selama-lamanya.
Takziah saya kepada ahli keluarga MYB dan juga kakitangan Bayu Enterprise.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Labels:
Motorsports,
Orang Kecil (Remaja),
Penghargaan
Ke mana hari ini? Catatan santai Budak Kampung

Ke mana hari ini? Catatan santai Budak Kampung
Hari ni ke Bukit Yong, Pasir Puteh, Kelantan. Ada member bagitau sebuah kedai kecil tepi jalan....menjual makanan selera kampung yang sedap...
1. Sebelah kiri jalan ke Pasir Puteh.
2. 500 meter dari gerbang sempadan Terengganu – Kelantan
Menu
1. Sepotong ikan patin masak asam.
2. Sepinggan siput masak lemak.
3. Ikan puyu dan sepat goreng.
4. Ulam gajus & Petai + budu.
5. Nasi kosong satu
Harga.... = RM9.00
Begitulah catatan santai Budak Kampung dalam forum Borak Umum atau Bersahaja dalam laman Tranungkite Online (TKO). Walaupun TKO ini adalah laman politik alternatif tapi terdapat pelbagai kategori dalam forumnya yang tidak bersandarkan politik.
Catatan santai Budak Kampung ini meliputi banyak tempat termasuklah di Sabah dan Sarawak. Juga terdapat catatan di Negara jiran.
Catatan penuh di sini.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com
Sunday, April 01, 2012
Perut Lembu, Kaki Lembu dan Hidung Lembu

Perut Lembu, Kaki Lembu dan Hidung Lembu
Aku malah kedua orang tua aku dan anak jantan aku seorang itu memang suka makan Perut Lembu. Biasanya kalau masak sendiri menu direbus cicah air asam menjadi pilihan. Kalau beli, menu Minang, Perut Lembu Masak Lemak Berisi Telur menjadi pilihan. Boleh rujuk posting lama di sini, di sini, di sini dan di sini.
Baru-baru ini “sahabat makan-makan” di alam maya membuat posting pasai Hidung Lembu Bakar. Sebelum itu di blog Makcik CidaZam ada posting pasal Kaki Lembu Bakar.
Maknanya dari hujung kaki (termasuk ekor) hinggalah hujung rambut (otak?) pada haiwan ciptaan dan rahmat Allah bernama lembu ini boleh dipelbagaikan menunya.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar,blogspot.com/

Saturday, March 31, 2012
Lontong Makcik Gemuk Jalan Riong
Lontong Makcik Gemuk Jalan Riong
Seminggu dua ini aku asyik teringinkan makan Lontong! Mengalahkan orang perempuan mengidam.
Tiba-tiba aku teringatkan Lontong Makcik Gemuk Jalan Riong pada zaman bergelandangan aku di KL pada pertengahan hingga pengunjung 80an dahulu.
Gerai kecil berhadapan Kilang Rempah Cap Mata (kalau betul ingatan aku!), belakang NST dan tepi TV3 di Bangsar ini sentiasa padat dengan pelanggan di waktu pagi. Gerai ini menu utamanya ialah Nasi Lemak dengan laukpauk tetapnya Ikan Bilis Goreng, Ayam Goreng, Paru Goreng, Sambal Tumis Ikan Bilis, Sambal Tumis Sotong Basah, Sadin, Ayam Masak Merah dan Rendang Daging serta Telur Rebus dan Telur Goreng.
Di samping itu turut terjual Lontong Kuah Masak Lodeh dan Kuah Kacang.
Bersama rakan sewa sebilik di Jalan Tenggiri, kami boleh dikatakan setiap hari bersarapan di sini. Menu pilihan kami ialah Lontong Berlauk. Kalau poket kering (biasanya!) kami hanya mengorder Lontong Kosong iaitu hanya tambahan sebiji Telur Rebus. Kalau poket tebal kami akan “taruk semua yang ada” – dari Paru, Sambal Tumis Ikan Bilis, Sambal Tumis Sotong Basah hinggalah ke Rendang Daging. Ayam Goreng dan Ayam Masak Merah tidak begitu menjadi pilihan untuk dimakan bersama Lontong. Sadin pula hanya khusus dengan Nasi Lemak.
Ada kalanya kalau terdesak, Makcik Gemuk ini dengan senang hati membenarkan kami makan dahulu bayar kemudian!
Hinggalah ke hari ini kalau Orang Tua aku, Mertua aku ataupun Orang Rumah Aku Seorang tu hendak buat Lontong, mesti aku syorkan sekurang-kurang adanya Kuah Kacang dan Sambal Tumis Ikan Biliis mengiringi Kuah Lodeh. Kalau ada Rendang Daging dan Sambal Tumis Sotong itu sudah jadi bonus!
Kini gerai kecil ini sudah lama tiada. Tidak pasti jika ada waris Makcik Gemuk ini yang masih berniaga Lontong.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com
Friday, March 30, 2012
Takziah kepada keluarga Kuan Meng Chin

Takziah kepada keluarga Kuan Meng Chin
Ini posting lama saya bertarikh 10 Mei 2009.
(Sabtu 9 Mei 2009. Perlumbaan Petronas Cub Prix Rd. 3 di Terengganu masih dalam saringan separuh akhir. Tinggal lagi tiga pusingan sebelum acara akhir. Bulldog Kuan sebagai Clerk-of-the-Course mendapat panggilan telefon memaklumkan isterinya di Pulau Pinang dalam keadaan tenat. Setelah berunding dengan Steward bertugas dan Pengarah Perlumbaan, Bulldog dinasihati supaya pulang ke Pulau Pinang. Kebetulan ada penerbangan Air Asia ketika itu. Bulldog sampai di rumahnya, No. 10, Jalan York, Pulau Pinang pukul 6 petang. Isterinya menghembuskan nafas terakhir di sisi Bulldog pada jam 4.30 pagi hari ini 10 Mei 2009, Hari Ibu.) Cerita lanjut di sini.
Semalam 29 Mac 2012 Khamis, arena motorsport Malaysia khususnya Cub Prix dikejutkan dengan berita kematian Kuan Meng Chin, bekas pelumba Cub Pix yang juga anak bongsu Bulldog Kuan. Meng Chin meninggal dunia jam sekitar 7.00pm akibat penyakit kanser.
Keuzuran Meng Chin kebelakangan ini sebenarnya merisaukan Bulldog terutama dalam persiapan menjelangnya bermula Kejohanan Cub Prix Petronas 2012 dengan Pusingan Pertama pada 31 Mac dan 1 April 2012 di Batu Kawan.
Walaupun tidak lagi berlumba, Meng Chin sekali-sekala turut membantu Bulldog dalam mengelolakan Cub Prix terutama jika diadakan di Batu Kawan dan Padang Kota Lama, di samping 2 orang lagi anak lelakinya iaitu Meng Leong dan Meng Heng serta anak perempuannya, Ah Leng serta menantunya, Gary.
Walaupun Meng Chin tidak pernah menjuarai mana-mana perlumbaan cub prix, beliau adalah salah seorang pelumba muda berbakat yang terpilih mengikuti latihan selama 2 minggu di Kenny Robbert Training Ranch di Sepanyol. Latihan intensif yang diketuai oleh jurulatih Kenny Robert dan Randy Mamola ini turut dihadiri oleh beberapa orang pelumba cub prix yang menunjukkan peningkatan dalam perlumbaan Kejohanan Cub Prix Marlboro sekitar pertengahan 90an. Mereka yang yang pernah berlatih bersama Meng Chin di KRTR ini ialah Meganathan, Wazi, Shharun Nizam, Chia Tuck Cheong, Soong Chee Keong, Faizal Ahmed, Yasir said, Rosnizam, Halim Zahid, Alizan Tambi, Rosli Mat Sudin, Choo Chee Hong, Loke Kwong Kin dan Chow Yan Kit.
Terkilan juga kerana saya tidak dapat hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Meng Chin kerana terlibat dalam satu acara motorsport anjuran Jabatan Alam Sekitar Perak hari ini dan esok.
Takziah kepada Bulldog Kuan.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Tuesday, March 20, 2012
Takziah kepada keluarga Tuan Hj Radin Samsudin

Tuan ASP Hj Radin Samsudin bin Hj. Radna sedang membuat perlepasan 48-hour Scooter Ride Non-stop Merdeka Night Trans Peninsular, yang diketuai oleh saya semasa menyambut Kemerdekaan di Taiping Tahun 2002
Takziah kepada keluarga Tuan Hj Radin Samsudin
Ahad lepas saya menerima panggilan telefon yang tertera pada skrin nama Tuan Hj Radin Samsudin. Terkejut saya apabila yang menjawab salam saya ialah suara wanita. Rupa-rupanya pemanggil tersebut ialah isteri Tuan Radin dan saya dimaklumkan bahawa Tuan Radin telah meninggal dunia pada awal Januari tahun ini.
Innalillahiwainnailaihirojiun
Saya pernah membuat posting mengenai Tuan Hj Radin Samsudin bin Hj. Radna, bekas Ketua Polis Trafik Daerah dan Ketenteraman Awam Daerah Larut Matang & Selama sekitar pertengahan 90an hingga 2005. Kemudiannya berpindah ke Baling dan kemudian menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang. Posting lebih lanjut boleh dirujuk di sini.
Saya difahamkan perkhidmatan arwah paling lama di Taiping dengan lebih dari 10 tahun. Bagi saya arwah telah menetapkan satu tanda aras yang tinggi dalam konteks perhubungan Polis dan Orang Awam terutama anak muda dalam sukan bermotor di Taiping. Arwah bukan sahaja sebagai mentor kepada saya tetapi juga sebagai abang yang kebetulan arwah membahasakan dirinya sebagai abang jika berbual dengan saya walaupun saya memanggilnya Tuan.
Takziah saya kepada keluarga arwah.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com
Thursday, March 15, 2012
PTPTN - kos pentadbiran 29%! Biar betul!
Saturday, March 10, 2012
Ada sesiapa tahu mengenai Pisang XXXL ini?
Ada sesiapa tahu mengenai Pisang XXXL ini?
Tahun ini kerap juga aku bersarapan di sebuah gerai kecil di Sintok ini. Menunya ringkas sahaja iaitu Nasi Lemak dan Roti Canai di samping tersedia Nasi Puteh dan beraneka lauk.
Minggu lepas pemilik gerai ini menunjukkan aku sesikat pisang yang bersaiz XXXL. Beliau sendiri tidak tahu jenis pisang tersebut. Bila disimpan masak, isinya agak berair. Jika dibuat gulai pisang muda, rasanya agak kelat.
Pisang ini ditanam jiran sebelah gerai iaitu pekerja Indonesia dan dia sendiri tidak tahu jenis pisang ini.
Ada sesiapa tahu mengenai Pisang XXXL ini?
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Thursday, March 01, 2012
Demam Virus Short Cut

Demam Virus Short Cut
Malam tadi saya demam. Saya demam Virus Short Cut!
Kesemua 2 external hard disk dan 7 thumbdrive saya tak boleh di-retrieve datanya. Kesemua folder dalam external storage saya itu bertukar menjadi Short Cut Folder. Demam dan panik saya!
Saya pernah terbaca masalah Virus Short Cut sebelum ini dalam beberapa posting forum internet. Saya surf semula posting-posting berkaitan dengan Virus Short Cut ini dengan pertolongan Lebai Google. Banyak laman web yang membincangkan Virus Short Cut ini terutamanya dari negara seberang Indonesia yang turut mengesyorkan pelbagai program anti virus.
Saya mencuba beberapa tips dan juga down load beberapa program tetapi tidak juga berjaya. Akhirnya saya menghadkan pencarian dalam Google untuk laman web dari Malaysia sahaja.
Saya terjumpa satu posting dalam forum Halaqah Net. Melalui threat berkaitan dan link untuk download program antivirus Smadav 2010 8.0 yang disyorkan, saya muat turun dan kemudiannya scan dan fix all kesemua external hard disk saya.
Alhamdulillah akhirnya kesemua external hard disk saya pulih kembali dari seranggan Virus Short Cut ini.Terima kasih kepada mereka yang berkenaan threat itu dan juga kepada developer Smadav dari Indonesia.
Semoga posting saya ini boleh dimanfaat oleh mereka yang menghadapi masalah Virus Short Cut ini.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com.
Wednesday, February 15, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)