Monday, June 30, 2008

Makan-makan Penang 29-Jun-2008


Makan-makan Penang 29-Jun-2008

Pagi - Rope Walk, Jalan Stadium

Macam biasa, aku beli buku-buku terpakai, novel, majalah lama National Geographic, Readest Diagest hampir RM 100.00. Beli kereta mainan skala kecil terpakai hampir RM 20.00 dan beli buah-buahan RM 10.00.

Selepas pusing lima, enam kali, berhenti makan Ketiaw Goreng dan Mee Kari di Gerai Bintang. Kemudian sambung pusing dua, tiga kali lagi.



Tengahari – Kenduri di Sungai Ara.

Makanan biasa Nasi Kenduri; Nasi Minyak, Ayam Goreng Berempah, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Dalca dan Acar. Tak macam satu kenduri di Trong itu, ada Kerang Rebus, Air Asam, Ulam-ulam Kampung dan Sambal Belacan!

Tapi menariknya, pekerja Catering yang beruniform lengkap dengan walkie-talkie! Makanan pula diceduk dari periuk belanga besar! Dan dimasak di situ juga.


Petang – Bazar Chow Rasta

Macam biasa beli Tahu Rendang (Tahu Goreng) dan Air Sarbat (Sirap campur isi kelapa). Orang rumah shopping kat Mydin. Aku dan anak jantan seorang aku itu naik Bazar Chow Rasta tengok buku-buku ”second hand”.

Selain Air Sarbat, di gerai sebelah terkenal dengan Halia Susu Lembu dan Barli, di mana kedua-dua minuman ini direbus di dalam periuk dengan campuran herba.

Orang rumah aku pula beli lagi sebungkus Laksa di gerai sebelah!


Malam – Nasi Kandar Line Clear

Betul le kata orang rumah aku, di Penang ini ”boleh mati” sebab makan!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: