Semuanya naik!
Pagi ini aku singgah di gerai tepi jalan depan Taman Pertama, Changlung ini sebelum ke pejabat. Sudah beberapa minggu aku tak singgah.
Kuih kesukaan seperti popiah goreng, murtabak mini, malah beehon goreng sudah habis. Cuma tinggal beberapa kuih yang aku kurang gemar. Memandangkan sudah singgah, seperti biasa aku ambik empat biji kuih dan sebungkus nasi lemak. Aku hulurkan RM 1.60, iaitu RM 1.00 untuk empat biji kuih dan RM 0.60 untuk sebungkus nasi lemak.
Terkejut aku apabila makcik gerai itu minta lagi RM 0.20. Kuih sebiji RM 0.30, katanya.
Baru malam tadi minyak naik, harga kuih pun ikut naik. Mungkin kuih ini dihantar pembuatnya dengan kereta atau motor yang menggunakan minyak petrol yang telah naik harganya!
Minggu lepas aku merunggut pada orang rumah aku. Kuih di Kamunting sudah RM 0.30 sebiji. Di Changlung masih lagi RM 0.25 sebiji. Kena call orang rumahlah kejab lagi!
Terasa juga nak melawak dengan makcik gerai itu. Ada dua kesalahan pada gerainya. Pertama; tiada tanda harga pada kuih-kuih dan kedua, kegagalan pekedai memaklumkan kenaikan harga. Tak payah nak umum dalam tv atau suratkhabar. Cukuplah sekadar sekeping kertas bertulis tangan mengenai harga baru yang dikuatkuasa pada sekian-sekian tarikh. Tapi melihatkan mukanya yang serius sahaja pagi ini, tak jadi nak melawak.
Sampai di pejabat pula, rakan pensyarah memberitahu dia hampir kemalangan malam semalam kerana berebut hendak mengisi minyak. Nasib baik aku sudah isi penuh tangki pada hari Selasa!
Mengapa tidak diberi tempoh seminggu umpamanya sebelum dikuatkuasakan harga baru minyak petrol ini? Aku difahamkan semua petrol pam di Malaysia ini jadi kelam-kabut malam semalam.
Mungkin kalau diberi tempoh sebegitu pula, maka kedengaranlah isu minyak petrol habis atau tak sampai lagi penghantarannya di petrol pam. Sudah pasti pembekalnya menangguhkan penghantaran sehingga tarikh kuatkuasa harga baru.
Sekarang jenuh aku memikirkan bagaimana untuk menjimatkan perbelanjaan aku yang setiap hujung minggu berulang-alik dari Sintok ke Kuala Lumpur.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment