Pantang makan kambing?
Pantang (tak boleh) makan atau pantang (jumpa) makan kambing?
Sebenarnya Sup Campur Pilih Sendiri Chow Kit dengan campuran ayam kampung, daging kambing, perut dan urat lembu adalah menu pilihan kami sekelurga iaitu aku, orang rumah aku seorang itu dan anak jantan seorang aku itu. Tetapi daging kambing hanya untuk aku seorang!
Antara beberapa penyakit yang aku ada (aku redha) ialah “darah rendah”. Dalam banyak-banyak penyakit yang tak boleh makan itu dan tak boleh makan ini, aku rasa “darah rendah” adalah penyakit yang “kena makan itu” dan “kena makan ini”.
Semasa di tahun-tahun terakhir aku di Silverstone Taiping (2004-05), aku sering pening-pening. Ingatkan “darah tinggi” tetapi sebaliknya pula! Sekali itu aku rebah di dalam lift di Hotel Vistana, KL. Mujurlah ada atlit-atlit sukan dari Thai yang kebetulan ada acara sukan di KL bersama-sama di dalam lift itu yang memapah aku keluar lift.
Aku ke klinik berdekatan hotel. Terkejut apabila diberitahu tekanan darah aku 70/60 mm/Hg. Doktor yang merawat mengesyorkan aku “lebihkan” sedikit garam dalam permakanan aku.
Maka bermulalah aku dengan senarai pemakanan baru. Ada yang syorkan kena makan banyak makanan laut terutama kerang rebus separuh masak, seafood (nampaknya kena pergi makan seafood kat Gerai Haram William lagi minggu ini!), pedal dan hati ayam, kambing dan sebagainya.
Kemudian aku bekerja di Kulim, di mana di sini hampir dua, tiga bulan sekali kami (pekerja-pekerja beberapa kilang di sini) akan kenduri kambing panggang! Bukan makan di restoran, di kilang atau di rumah, sebaliknya hanya mencangkung di sebuah taman rekreasi yang berdekatan.
Seekor kambing panggang di-order khas dari Mahang oleh Haji Muda dari Intel. Segala maneka isi perut dan tulang kambing pula akan dibuat Dalca campur pelbagai umbut dan sayur. Siap dengan Roti Canai. Geng Celestica seperti, Zahari bawa lima, enam buku Roti Benggali Kulit Keras dari Penang. Edi bawa Tea-O Panas (dari kantin kilang), Air Mineral, Senduk dan Sudu, Plastik Sampah dan Paper Lama. Shuhaimi bawa Limau Nipis dari kebunnya. Shukri bawa parang dan pisau. Aku pula macam biasa bawa segala maneka pinggan dan mangkuk polysterene. Lima, enam orang lagi kami jemput bawa perut sahaja. Kos kenduri ini kami kongsi bersama.
Alhamdulillah selama hampir dua tahun bekerja di Kulim dan perkena kambing dua, tiga bulan sekali, aku telah ”melupai” penyakit ”darah rendah” ini. Pening-pening pun tak ada lagi.
Setahun di Ipoh, aku mula belajar sekurang-kurangnya sebulan sekali makan kari kambing di Medan Dato Sagor depan Masjid Negeri kalau tak pun di Nasi Daun Pisang Stadium.
Di Changlung bulan puasa tahun lepas aku terjumpa Nasi Jagong dengan Kari Kambing. Rupa-rupanya kalau bukan puasa, abang ini menjualnya di kedai tepi jalan berdekatan jejantas di Pekan Changlung. Nasi Jagongnya mula dijual seawal 7 pagi hingga 2 petang. Bukan sahaja Kari Kambing, Kari Itik Nila dan Ayam Kampung pun ada.
Kalau sapa-sapa lalu Pekan Changlung, sebaik sahaja lepas Pam Minyak Petronas akan ternampak jejambat. Kedai Nasi Jagong ini di sebelah kiri jalan selepas jejambat berhadapan sebuah hotel kecil (Hotel Tandop). Biasanya bersusun kereta dan lori berhenti makan pagi dan tengahari di sini. Geng kastam, imigresen dan PPH mesti ada setiap pagi di sini.
Sesiapa yang pantang jumpa kambing, mai le perkena Kari Kambing kat sini. Gerenti syok punya!
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

1 comment:
Changlung tu bukan changlun ke?
Post a Comment