Sunday, June 13, 2010

Berkawanlah dengan anak anda



Berkawanlah dengan anak anda

Dalam banyak-banyak tips motivasi kekeluargaan yang aku pelajari; tips berkawan dengan isteri dan tips berkawan dengan anak adalah dua tips yang aku cuba dan sentiasa mengamalkannya.

Mungkin agak kekok untuk "berkawan" dengan isteri setelah dia menjadi pasangan kita yang sah. Begitu juga untuk "berkawan" dengan anak setelah dia membesar dan lebih mudah dia berkawan dengan rakan sebayanya.

Percayalah! Dua tips ini amat penting dalam mengeratkan ikatan kekeluargaan. Tetapi harus diingatkan juga - dalam pergaulan dengan anak dan rakan-rakan sebayanya, anda cumalah pemerhati bebas. Jangan pula "meremajakan" diri anda untuk menjadi sebaya dengan anak anda!

Gambar di atas aku dan anak jantan aku seorang itu serta seorang rakan sebayanya di Taiping Sentral menunggu tayangan The Karate Kid bermula pada petang Jumaat lepas, kemudiannya seperti biasa selepas habis wayang, perkena Roti Canai di Pelita.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com
/

No comments: