No reservations Part 2 Pantai Cahaya Bulan
Selepas Bukit Bunga, kami singgah sebentar ke 3 buah rumah sanak-saudara sebelah bapa aku di Pasir Mas sebelum terus ke PCB. Cadangnya hendak menginap di Perdana Resort di PCB tetapi melihatkan kedudukan PCB Resort lebih hampir ke pantai dan juga tempat bersantai ramai, kami memilih PCB Resort. Mungkin kerana cuti sekolah, hanya tinggal beberapa unit sahaja yang kosong.
Setelah check-in jam 5.00 petang , kami menuju ke pantai untuk menjamu selera dan bersiar-siar.
Tidak pasti apa rancangan malam ini. Ada pelawaan untuk menjamu Seafood di Pantai Sri Tujuh. Apapun tiada yang pasti lagi.
Begitu juga dengan esok, ada saudara yang mengajak ke Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur sementelah ramai saudara yang berkerja di sana. Semuanya akan mengikut gerak hati kami bertiga. Apapun esok pasti kami ke Kedai Kopi White House untuk bersarapan dan perkena Sup Perut di Pasar Khadijah.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com
2 comments:
kebetulan aku pun baru balik dari kelantan jugak . singgah jugak PCB masa kat kelantan dan terliur jugak nak cuba makanan kat sana especially seafood yg dicelup dengan tepung , tapi kebanyakannya tak menjaga kebersihan , makanan di biar terdedah n lalat dengan bebas hinggap tanpa tuanpunya kedai peduli . harap peniaga PCB jaga kebersihan , malu kat pengunjung yg datang dari seluruh malaysia
Salam Xplorer
1. Sebenarnya apa yg hang tulis dlm posting itu mmg dlm plan asal iaitu Pantai Sri Tujuh, Pengkalan Kubur dll tapi masa tak mengizinkan.
2. Mengenai seafood tepung itu mmg aku setuju. Jenuh jugalah aku nak ajak org rumah seorg aku makan. Terpaksa ronda satu kedai ke satu kedai cari yg "nampak hygiene" sikit!
3. Bila agaknya kita boleh jumpa atau travel sekali? :-)
Lukmanw
Post a Comment