Wednesday, June 02, 2010

Islamic Floor di Tingkat 6, Hotel De Palma Ampang



Islamic Floor di Tingkat 6, Hotel De Palma Ampang

Isnin dan Selasa semalam saya berada di KL untuk satu mesyuarat di UIAM Gombak. Oleh kerana ada jamuan makan malam di Hotel De Palma Ampang, saya mengambil keputusan untuk menginap di hotel yang sama.

Saya kerap menginap di Hotel De Palma Shah Alam tahun 90an. Di mana ketika itu apabila ada acara motorsport di Litar Batu 3, Shah Alam ataupun ekspedisi 4x4 yang bermula di KL (Shah Alam) ke Thailand atau terus ke China, di De Palma Shah Alamlah saya diberikan bilik oleh penaja/penganjur.

Ini kali pertama saya menginap di Hotel De Palma Ampang dan saya ditawarkan Tingkat 6 iaitu Islamic Floor. Kadar harganya (walaupun government rate) tinggi sedikit dari Bilik Standard, Deluxe dan Superior.

Saya amat berpuas hati dengan kelengkapan yang disediakan dalam bilik iaitu Sejadah, Kain Palekat, Telekung dan Kain Batik, Kitab Al Quran dan Yassin, Selipar Bilik Air, Paip untuk wuduk dan jadual solat. Penghiasan dinding bermula dari ruang lift hingga ke dalam bilik bercirikan Islamic. Tambahan lain adalah petikan doa-doa harian turut disediakan. Malah set minuman yang disediakan dalam bilik juga adalah produk minuman keluaran HPA.

Menjadi kebanggaan saya juga apabila dimaklumkan Hotel De Palma dibenarkan menganjurkan Solat Jumaat di Surau Nurul Hikmat di Tingkat 3. Malah hotel ini turut mempunyai Imam Bertugasnya sendiri.

Bagaimanapun saya tidak pasti sama ada Hotel De Palma di tempat lain mempunyai kemudahan bercirikan Islamic sebegini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/















No comments: