Friday, June 04, 2010

Salah atau silap siapa?


Salah atau silap siapa?

Gambar di atas sebenarnya bekas jaring untuk spotlight di Taman Tasek Taiping. Tetapi kunjungan saya pada hari ini mendapati kesemua bekas jaring yang berjumlah lebih dari 10 buah ini hanya tinggal bekas jaring sahaja, isinya iaitu spotlight entah ke mana!

Adakah salah pencuri yang mencurinya atau silap pihak penyenggara taman yang memasang spotlight ini (walaupun berjaring dan berkunci) pada aras tanah?

Awal tahun 2000an dalam salah satu offroad rally ke China, kami (penganjur dan peserta) tertembung dengan sambutan tahunan ulangtahun keputeraan Raja Siam. Namapun offroad rally, jadi laluan yang ditempuh adalah hutan dan juga kawasan kampung.

Hampir kesemua laluan di kampung ini dan sesetengah itu di dalam hutan akan kelihatan poster Raja Siam dan dikelilinginya dilengkapi dengan tak kurang 10 biji flourecent light serta satu atau dua biji bateri lori atau kereta. Peralatan ini semuanya dipasang pada aras tanah dan tiadapun berbekas (jaring), berantai atau berkunci dan sebagainya.

Kami difahamkan tidak pernah berlaku kecurian sama ada flourecent light ataupun bateri tersebut. Kami juga difahamkan setiap tahun sambutan ini akan berjalan sekurang-kurangnya untuk tempoh sebulan. Adakalanya sampai sebulan setengah!

Ataupun pihak yang memasang poster tersebut siap "memagar" kesemua peralatan tersebut dengan jampi-serapah? Mungkin pihak penyenggara Taman Tasek Taiping kena belajar ilmu atau jampi-serapah ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com





1 comment:

speedrider said...

boleh membawa kecederaan kepada pengunjung