Saturday, June 05, 2010

Puncak Bukit Larut 5 Jun 2010 Sabtu




Puncak Bukit Larut 5 Jun 2010 Sabtu

Tidak pasti macamana keadaannya di Bukit Larut ini pada masa 10 bulan akan datang. Aku tidak membantah sebarang pembangunan di sini. Malah aku percaya penduduk Taiping juga berfikiran terbuka untuk menerima pembangunan Bukit Larut ini. Tetapi harapan aku dan aku yakin harapan semua penduduk Taiping biarlah pembangunan Cable Car di Bukit Larut ini secara berhemah dengan memelihara alam sekitar.

Pagi tadi aku bersama anak jantan aku seorang itu dan 4 orang rakan sebayanya merasa bangga dapat menyedut udara nyaman dan menikmati pemandangan indah di atas puncak Bukit Larut ini.

Harapan kami 10 bulan lagi kalau kami datang dengan Cable Car, udara yang sama dan pemandangan yang sama akan kami kecapi jua.

Gambar-gambar lain boleh
dirujuk di sini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Panduan lengkap untuk ke puncak boleh
dirujuk di sini.






6 comments:

xplorer said...

lama btul aku tak pi puncak bukit larut . rasanya kena pelbagaikan tarikan kat atas bukit larut tapi pada masa yg sama kena kekalkan kehijauan

lukmanw@gmail.com said...

Salam

Betul tu Xplorer! Aku pasti rakyat Taiping juga gembira dan akan manfaat dgn pembangunan dan pelbagaian tarikan Bukit Larut (termasuk cable car) tapi kehijauan alam sekitar serta kehidupannya perlu dikekalkan.

Lukmanw

tentangseseorang said...

yeah, ingat lagi dulu jalan kaki naik bukit larut hampir setiap minggu. harapnya kehijauan dan kenyamanannya masih dapat dipelihara. tak perlu ada hotel tinggi. mahupun resort mewah.

Unknown said...

berhati-hati..ngerinya tulisan 2

mnoor said...

Salam, saya cadang nak bawa kawan2 naik bkt larut ni, ada yg dah berumur 40+++, ada yg muda, apa cadangan, bole ke mendaki ni? Ke naik ikut jln 4WD, turun ikut trail?

lukmanw@gmail.com said...

Assalam M Noor. Skrg saya 45 thn dsn mmg semput kalau naik berjln Bukit Larut. Hanya larat setakat Pondok 2 - baru 1/4 perjln sebelum sampai puncak.

Kalau nak berjln sampai atas eloknya mereka yg biasa dan naik bukit sejauh 10 - 15 km dalam tempoh 3 bulan yg lalu.

Mmg ramai yg naik ikut jln raya dan turun ikut jln trail. Boleh juga naik dgn land rover dan turun jln kaki.