Friday, August 07, 2009
Pulut Udang Che Husin Karangan.
Pulut Udang Che Husin Karangan.
Semasa aku ulang-alik buat recce Vintage Car Rally London-Sydney Marathon 2000 semenjak tahun 1998, aku sentiasa tidak terlepas pandang susunan tinggi Pulut Udang yang mencapai hampir 2 kaki ini di sebuah warung kecil tepi jalan berhampiran Pekan Karangan.
Sebenarnya memang Pulut Udang (selain Cucur Badak) adalah kuih favourite aku. Tapi syaratnya mesti yang dibuat oleh mak aku. Kebetulan mak aku memang membuat dan menjual Pulut Udang dalam tahun 80an dengan meletaknya di beberapa buah kantin sekolah. Akulah yang jadi budak motor penghantar Pulut Udang Mak Yah ini.
Pulut Udang yang dijual di kedai kadang-kala pulutnya saja tebal, inti kelapanya sikit saja. Ada yang nak untung lebih digunakan balik hampas kelapa yang telah diperah santannya sebagai inti. Pulutnya pula liat. Kalau dibungkus balik pulutnya mengeras macam batu!
Kadang-kadang daun pisang pembalutnya berminyak sangat! Kalau makan dalam kereta habis berminyak steering dan bersepah pula dengan cebisan hitam daun pisang hanggus.
Jadi aku hanya makan Pulut Udang kalau mak aku buat saja. Nak beli sorry tapi kalau ada yang jamu atau sedekah aku makan jugalah!
Khamis lepas aku terlajak warung kecil Che Husin di Karangan ini. Mungkin disebabkan hari sudah lewat petang, susunan Pulut Udang sudah mendaftar tidak setinggi biasa. Aku berpatah balik dan kebetulan Che Husin juga ada di kedai.
Dulu seringgit 4 biji. Sekarang seringgit 3 biji. Tapi kesedapan masih sama. Pulutnya lembut. Intinya manis dan sedikit pedas dari isi kelapa parut bukannya hampas kelapa. Intinya pula membuak hingga ke dinding pulut.
Panggangnya juga serata. Hanggusnya daun pisang sama saja.
Pulutnya tidak mengeras walaupun aku makan semasa Buletin TV3 tamat jam 9 malam.
Cuma kini Pak Husin yang dibantu oleh isteri dan anak-anak serta beberapa jiran tetangga menggunakan Dawai Kokot menggantikan lidi kelapa untuk melekatkan daun pisang.
Menurut Che Husin, jualannya sehari ialah 1,000 biji Pulut Udang.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Che Husin juga menjual beberapa jenis kuih lain. Berhadapan dengan Warung Pulut Udang Che Husin ini terdapat sebuah warung lain yang menjual pelbagai jenis kuih dengan hanya 10 sen satu. Warung ini lebih dikenali dengan Warung Kuih Sekupang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment