Monday, March 22, 2010

Bersempenaan Cuti Sekolah


Bersempenaan Cuti Sekolah

Seperti biasa Jumaat lepas dan Isnin semalam aku berterbangan dengan MAS. Petang Jumaat dari Penang ke KLIA dan malamnya dari KLIA ke Miri. Subuh semalam dari Miri ke KLIA dan tengaharinya pula dari KLIA ke Penang.

Seperti biasa, semasa penerbangan dari Penang ke KLIA, penumpangnya dijamu secawan Jus Oren dengan pilihan lain Jus Jambu Batu (warna pink!) dan sebungkus kecil Kacang Masin. Manakala dari KLIA ke Miri penumpangnya dijamu Makan Malam dengan pilihan Nasi Tomato dengan Ayam Masak Kari atau Nasi Puteh dengan Rendang Daging. Seperti biasa, aku memilih Nasi Tomato. Minumannya pula masih jus dengan tambahan Kopi atau Teh.

Perjalanan balik pula seawal 6.30 pagi dari Miri kami dihidangkan sarapan dengan menu pilihan Nasi Lemak Sambal Udang atau Mee Goreng Berdaging. Seperti biasa, aku memilih Nasi Lemak.

Tidak seperti biasa selepas makan malam dalam penerbangan ke Miri, aku malah penumpang lain yang biasa berterbangan dengan MAS dikejutkan dengan dijamu pula dengan Ais Krim Haagen Dazs dan Cadbury Zip Nutty Crunch.

Biasanya tambahan cookies ini hanya di musim-musim perayaan. Kalau Deepavali merasalah juga Ladu Kuih Keras Berserbuk Tepung itu. Kalau Gong Xi Fatt Chai berselang maneka Kuih Kapit, Kuih Bakar dan Buah Limau. Masa Krismas merasalah sepotong kek. Masa Raya Puasa dan Raya Haji aku tak tahu sebab tak pernah lagi berterbangan semasa dua perayaan itu.

Aku sahaja gatal mulut tanya cabin crew yang manis mulut itu.

"This is our School Holiday Campaign. In future if you have plan to travel during School Holiday - remember to travel with us!"

Terasa gatal mulut nak tanya lagi - travel dengan MAS atau travel dengan awak? Tapi biasalah akukan jejaka pemalu, pertanyaan itu cuma di dalam hati kecil ini!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Ferrero Rocher (peket 3 biji itu) memang menu standard dalam pakej Makan Malam. Biasanya itulah buah tangan untuk anak jantan seorang aku itu dan juga isteri seorang aku itu setiap kali naik MAS berseorangan.

2 comments:

speedrider said...

amboi amboi amboi............... report kak nanti ha. hahahaha

Anonymous said...

He, he

"Kak" tahu aku ni berani dlm hati je...

Lukmanw