RM 1.00 satu keping atau RM 1.00 seratus keping?
Itulah harga pembalut luka jenis Du Bang Made in China ini di dua buah lokasi berbeza.
RM 1.00 satu keping harganya di sebuah kedai pelbagai barangan di Tingkat Bawah Airport Miri. Manakala 20 sen sekeping harganya di sebuah kedai di Tingkat Atas di dalam ruangan berlepas.
(Aku beli sekeping sahaja di kedai Tingkat Bawah dan membelinya lagi sebanyak 5 keping di kedai Tingkat Atas.)
Patutlah aku rasa pernah nampak pembalut luka ini di tempat lain. Rupa-rupanya kunjungan aku di Lorong Kulit Rope Walk semalam menemui aku kepada dua penjaja yang menjual pembalut luka jenis Du Bang Made in China ini bersama lambakan barangan lain dari China.
Seorang penjualnya RM 2.00 sekotak yang berisi 100 keping. Manakala seorang lagi menjual hanya RM 1.00 untuk sekotak yang juga berisi 100 keping. Menariknya lagi kotak-kotak yang dijual dengan harga RM 1.00 itu untuk masih dalam keadaan elok berbungkus plastik!
Agak-agak boleh jual borong tak kepada pekedai di Airport Miri yang menjual RM 1.00 sekeping itu?
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment